Hidupku Hanya Untuk Mencapai KeredhaanNYA..

Hidupku Hanya Untuk Mencapai KeredhaanNYA..

Sunday, April 29, 2012

Mahu

Mahu
Variasi  peringkat telah ku tempuh
Bermacam impian telah ku tabur
Makin ku yakin hala ku
Tapi
Hatiku seakan masih keliru
Apa yang ku mahu
Tika dulu
Yang aku angankan
Hanyalah duniawi
Kemewahan harta yang ku puji
Tak terlintas walau sedetik
Untuk bercita menjadi yang ini
Aku kesal
Andai dulu ku genggam
Keindahan cinta yang satu
Pasti kini hidupku lebih kamil
Hatiku akan dihiasi bait cintamu
Nafasku diiringi warkah sucimu
Walhal aku berpeluang mengecapi
Lebih awal dari ku sangka
Aku sedar
Belum terlewat untuk ku kejar
Cita yang baru bersemi
Namun di lubuk hati
Ku tegak katakan
Walau impian itu bagaikan bayang-bayang
Ku takkan kalah
Takkan berserah
Akanku jadikan bayang itu
Sebuah hakikat yang konkrit
Mampu di pegang
Mampu di sentuh
Saat tiada lagi bayang
Itulah masanya
Duniaku
Menjadi akhiratmu

No comments:

Post a Comment