Hidupku Hanya Untuk Mencapai KeredhaanNYA..

Hidupku Hanya Untuk Mencapai KeredhaanNYA..

Friday, May 11, 2012

Berkawan atas dasar kepentingan???


Assalamualaikum w.b.t..
Ku ucapkan kepada sahabat2ku dan teman taulan..
Entry kali ini, aq berminat tuk bercerita dan berkongsi PENDAPAT aq dengan kawan2..
Apa pendapat kawan2 sekalian, kalau individu tu seorang yang berkawan atas dasar untuk kepentingan diri die sendiri?
Adakah itu ukhwah persahabatan yang diajarkan dalam Islam?
Berkawan hanya untuk kepentingan diri sendiri?
Sebagai contohla kan..
Ape2pun, ni just pendapat..tak berkait rapat dengan yang hidup atau yang mati..
Adakah kita bersahabat dengan seseorang sebab dia dikurniakan kepandaian akal?
So, kita bolehla menumpang kepandaian dia?
Adakah kita kawan dengan seseorang hanya kerana dia ada rupa paras yang cantik, cun, gebu and mulus, dan nak kan populariti?
Adakah kita kawan dengan seseorang itu hanya atas dasar dia tu kaya,dan kita boleh menumpang kekayaan dia?
Adakah kita berkawan hanya dengan tujuan tuk kesenangan diri kita sendiri semata2?
Kalau la begitu..
Apa jadi kat individu yang kurang pandai?
Apa jadi kat individu yang tidak diangurahkan raut wajah yang kurang menarik?(kurg mnrik di mata mnusia,nmun Allah telah mencipta makhluknye sangat sempurna, cuma manusia yang tk reti menilai)
Apa jadi kat individu yang tidak diberikan Allah dengan harta yang melimpah ruah di dunia ini?
Adakah mereka ini semua tak layak dan tak boleh untuk bersahabat seperti kawan2 lain yang lebih bernasib baik?
Tak semua manusia perfect, tak semua manusia diberikan Allah dengan kemewahan hidup..
Namun adakah itu semua syarat untuk kita bersahabat?
Adakah itu yang dimaksudkan dengan persahabatan?
Misalnya, si A ni tak kawan dengan si B , sebab nye si B ni kurang mahir dan kurang cekap dalam pembelajaran..
Patut ke si A ni buat begitu pada si B? Si B punya perasaan juga..
Prnahkah korang dengar yang kita ni hidup bersaudara, saling melengkapi, saling tolong menolong.
Yang kuat bantu yang lemah, yang ada kelebihan bantu yang ada kelemahan..
Bukankah dalam alquran juga ada menyatakan sayangilah saudaramu seperti kamu menyayangi dirimu sendri?
So, bg aq, individu yang berkawan hanya atas dasar kepentingan diri, sangat2lah selfish..
Meh aq citer pengalaman aq..
Aq kan tk pernah masuk asrama, n then ritu kan aq gi belajar kat DQ jup, so itulah ptma kali aq duk asrama..
Dan aq prcya yang sape2 kawan aq yang prnah msuk asrama, dorang pasti sangat2 mghrgai nilai sebuah persahabatan tanpa mengenal erti pandai atau tak, kaya atau miskin, cantik atau hodoh..
Aq berani bet la an..
So, dekat DQ, aq rse apa itu bersahabat lillahitaala..:)
Sangat indah..
Kiteorang kat DQ, wlupun berbeza loghat,berbeza background tapi kiteorang semua, saling sayang menyayangi...
Walaupun tak sama kelas qiraat or kelas tasmik sekalipun..
Tak ada jurang antara kiteorg..
Dekat DQ juga aq dapat rasa mcm mana berkongsi suka duka n susah senang dalam bersahabat..
Contohnya, time kat DQ, aq senggugut..
N then, aq tak larat tuk bangun pun..
Korg tahu sape yg boleh tolong aq time tu?
Of course la kawan kn?
Time tu yang tolong belikan aq makanan and minuman roommate aq.
HUDA..:)..Jasamu dikenang..:)
N then aq tak sangka rupanya kawan2 SAQ aq yg len amik tahu pasal aq..
Sampai ada yang melwat aq kat bilik.. Terharu sngat.. Sebab tak expectpun dorg caring kat aq.^_^..
Sweet bukan?
Kiteorang bersahabt tak kenal pun erti tu smua.. Tk kenal erti berkawan atas dasar kepentingan..
Tak mengharap apa2 balasan sekalipun..
And then aq nak ubah la pemahaman individu yang kata, "Kalau kau kata, kau berkawan bukan atas dasar kepentingan, hbs tu, kalau ko ada kawan, ko tak sunyi, kalau kau ada kawan ko epy, bukan ke tu satu kepentingan?"
Ok, ni pendapat aq..
For me, itu semua bukan KEPENTINGAN..
Itu adalah KEMANISAN bersahabat.. Dengan adanye sahabat, indah hidup ini kita rasakan..
Again I mention "Bukan KEPENTINGAN but KEMANISAN".. Full stop..
So kawan2, hargailah sahabtmu..
Janganlah bersahabt atas dasar kepentingan dan mengharapkan balasan..
Renung2kanlah..:)
#saya sayang semua kawan2 saya..sayang korang sangat2!lillahitaala abadan abada..:)
Muah!..:)




Thursday, May 10, 2012

Kahwin??



Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam[1]. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.

Ha..
Berdasarkan makna di atas apa korang fikir bila cerita pasal kahwin dan nikah??
Mesti korang pelikkan nape aq cerita bab kahwin nih..
Hehe..mesti nak cakap aq GATAL n MIANG lah tu..
Mana ada.. Impian nak kahwin tu memag ada.. Tak salah an.. Lgpun sunnah..:)
Dgan kahwin boleh elak zina mata, lidah, tangan.. Yg paling bhya zina hati.. Yela bila kita rindu kat org tuh pun dh jd zina hati.. Bhya kn? Yela, fitrh mnusia, bila sygkn seseorg, sukekn seseorg, mstila rindu kalau lme dh tk bersua..
Tp Islam ada jalan penyelesaiannya.. :).. Islam itukan agama yg shumul(sempurna)..
Terpulang kpd indvdu nk pilih yg mana.. :)
Dan di sini nak aq kongsikan hal yang sekarang tengah hangat di bicarakan dalam kalangan remaja yg sedang menuntut di mana2 IPTA or tk kishla ..IPTA ke tk an.. Iaitu.. KHITBAH..
Meh sini aq kongsikan maksud khitbah.. Bukan aq lah yang mengistilahkan, aq dapat info ni pun dari blog..
Just berkongsi apa yg aq tahu..
Sharing is caring right? :)

Khitbah
Secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian ber’coupling’ berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan.
Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung” (bunyinya amat mengerikan?).
Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan pemuda pemudi kita hatta yang janda, duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.
Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja. Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa tidak akan bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kerosakan moral telah menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh media massa mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.
Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.
Saya sedang berusaha untuk menghidupkan kembali ‘nikah gantung’ ini dengan panggilan baru iaitu ‘nikah khitbah’, walaupun menghadapi sedikit masalah penerimaan. Ia semata-mata bertujuan untuk mengelakkan perkara maksiat yang boleh berlaku seperti berhubungan melalui telefon (melepas rindu dendam melalui telefon, sms, chatting, facebook, dll), bertemu antara pasangan walaupun ada mahram (tetap akan berlaku bertentang mata dan apa sahaja yang boleh menjadi muqaddimah kepada zina mata, tangan, hati dll.) Saya sendiri bernikah gantung (nikah khitbah) pada 7/7/1979 iaitu 6 bulan sebelum majlis kenduri. Dengan tiket nikah saya tiada masalah untuk menemui isteri atau keluar bersama-sama (ber’couple’) kerana dah disahkan sebagai suami isteri (gantung – sebab tidak duduk serumah) yg lebih menepati khitbah secara Islam. Malah dengan tiket nikah itu membuatkan saya merasai beban amanah sebagai suami meskipun kami tidak serumah sementara menunggu majlis kenduri pada bulan Disember 1979. Saya mahu menjadi ibubapa yg awal pada zaman moden yang penuh kecelaruan dengan menjadikan nikah khitbah dipraktikkan oleh anak-anak saya yang belum berkahwin, insyaAllah doakan!!
Artikel oleh: Ustaz Hashim Al-Maranji

Ha.. So dh faham apa itu khitbah?
Senang kata aq ringkaskan lah, adat kat Malaysia nih, kita bertunang (gantung nikah), kalau kat negara lain cam Arab khitbah (nikah gantung).. So mana yang safety? Of course lah khitbah right?
Andai kata kita terlanjur ke apa, tak lah di panggil berzina, tp kalu tunang terlnjur? Ha? cmne tu? Padah kan??.. So tepuk dada tanya iman..:)

And aq nak share lah pasal perbualan aq ngan mak aq..
Pasal khwin.. hehe..
Perbualan ni terjadi dalam kereta selepas aq SPM.. (mentang2 dh hbs sekolah, brni nk tnye pasal khwin, haha)
Sperti yg kawan2 rapat aq thula, mak aq nih sensitif sikit kalau bab2 llki nih..
Memag tegasla bab2 pgaulan aq dgan lelaki.. Tp bgusla kn, mak mana tk risau pasal anak dia..
Lebih2 lg perempuan an.. Lg lah risau.. Ok.. Perbualan bermula..
Me: Mak.. Nak tanya leh?
Mak: Ape?
Me: Kat sekolah, kan orang tkleh ada someone special,nanti kat U pun tkleh, ti orang dh hbis U blh tak kalu org ada? Mksudnye, khwin?
Mak: Ha? Nape tnye cmtu? (sambil tersengih2)hihi
Me: Takdela, orang tanya, takut jadi andalusia ti.. hehe..
Mak: Bolehla, ti dh hbs belajar, nk khwin, khwinla.. Nih kamu tnya nih, dah ada calon ke?
Me: Ha??? CALON? hmm. eh, tkdela..org tnye je..(sambil tersipu2 malu) tkyh nk mlu sgtla an, miang! haha
Whatever it is, panjang umurku, murah rezkiku, ada jodohku, khwinlah aq.. Hihi..
Biar DIA yang aturkan  Bru sweet kn?
Hihi..
Kpd kawan2 yang dh bersedia untuk menjadi seorang isteri, i wish gudluck and happy with ur new life..
Kpd kawan2ku and kepada aq sndri yg memang rse blum cukup umur..Haha.. N SANGAT2 tak prepare tuk jd wife orang, nilah sebab2 kenapa tk leh tuk jd BINI orang lg.. hihi..

Sebab-sebab tk layak: (alasan aqla, tkde trlibat ngn yg hdup n mati)
~ Tak berapa hebat nak masak, goreng ikan pun mcm ape jeh, takut kene percikan minyak,haha..ckit2 lari dri kuali ..haha
~ Bangun pagi sabtu ahad, mcm tk brapa nak awal,haha..kalu khwin, kebulur suami tggu bekfes..haha..
~ Degil and kira nak menang je, kalau dh bersuami, tak pasal derhaka..mlwan je kojenye..
~ Ilmu di dada masih cetek..aiceyyh..tkleh blah..
~ Paling pentig, mak aq tak bg aq khwin selagi tkde degree.. Jgn nk mnggatai ye NurFatinNAbilah.. :)
~ Last but not least, aq nak study dulu and bg degree kat mak aq sbg tanda pghargaan aq pd mak aq atas sgla pgorbnn die.. Wlupn aq thu memg tk trbayr jasa n pgorbanan mak n ayah.. :)

Ok aq sdiakan video klip Kasih Kekasih.. :)


Friday, May 4, 2012

DQ, u give me the best memories in my life..


Knp aq kata kat DQ bes??
Sebab environment dia, sebab batas2 lelaki n perempuan terjga, setiap masa tgok student2 kat ctu baca AlQuran, pegang AlQuran..
Rasa tenang sgat..
Di DQ, stiap hari kteorang mesti ada kelas hifzi ALQURAN kul 8 smpi kul 10..
Yang best nye kelas hifzi ni, aq rasa relaks n tenang sgat..
Sebab di beri pluang tuk menghafaz surat cinta NYA..:)
Kalau di rumah, aq menghafaz juga, tapi, nak cukupkan satu muka surat tu, punyalah payah..
Bila kat DQ, boleh pulak..
Tu yg paling aq hepi...rasa cm tk cyepun ada..
Hehe..
Ustaz tasmik aq pun baik..
Nama ustaz tasmik aq Ustaz Fazlie.. Ustaz yg sangat3 baikla..
Kalau tasmik ngn dyepun tak lah tkut2.. Tp kadang2 kantoi gakla..
Neves.. Haha.. Trus hilang apa yg dhafal.
Dekat kelas tasmik jugak aq kenal Faizahtun Husna..
Sangat2 peramah, happy go lucky n setia mendengar crta2 aq..
Haha.. Dia jugak sahabat tasmik aq..:)
Seterusnya, Kelas qiraat pulak akan ada pada setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10.30 hingga 12.30..
Kelas qiraat pun bes.. Sangat2 best..
Pensyarah yang baik, sporting..
Terasa betapa rapatnya hubungan seorang pelajar ngn gurunya..
Tuk kelas aq yang ajar qiraat ilmi, ustaz Hazri manakala qiraat amali pulak ustaz Ibrahim..
Dua2 ustaz ni sangat murah ngn senyuman..
Aq sebagai pelajar of course la suke guru yang murah ngan snyuman kan..
Hihi..
Cara usta2 ni mengajarpun bes, senang faham.. Apa yang salah diperbetulkan, apa yg tk faham dijelaskan..So, kami semua tak de masalahla bab faham tk faham ni..:)
Selain dripada kelas qiraat, kteorang ada kelas ilmu tajwid,ilmu dhobt dan ilmu fawasil..
Ilmu dhobt n ilmu fawasil selalunya di ajar oleh ustaz Firdaus..
Ustaz Firdaus adalah ustaz yg sekali tengok garang sangat2.
Sekali bila dh start mengajar, pecah perut weyh!!..haha
N then waktu malam kiteorg tkde kelas..
So, bila maghrib aq suke trun surau, n stay kat surau sampai isyak..
Time ni pun best.. Sangat best..
Aq dapat ketenangan yang amat sangat.. Dapat duk kat surau, yang hanya ada banat je..
Nak duduk macam mana pun blh..tkde la org nk usha pelik an..hihi..
Bila kat surau, smbil tggu isyak aq mghafaz.. Laju je otak aq trima masuk ayat2 AlQuran..
Wlupun suasana kat surau tu bising la gak sebab ada yang baca AlQuran mcm nak bg orang kt luar surau dgar.. Haha.. Tension gakla.. Sbb aq kalu nk mghafaz kene tmpat sunyi..
Tp alhamdulillah, dapat gak aq mghafaz ngn tenang.. Time tu terasa bagaikan aq ada dalam dunia aq sndri..:).. Sweet sgat..
Hehe...
Itulah kenangan ku di DQ..
Terima Kasih Allah sebab bg hamba MU ini peluang belajar dan rasa bagaiman kehidupan di Darul Quran..:)

Hari-hariku di Darul Quran..


Tujuanku masuk ke DQ nak belajar asas-asas qiraat..
Namun, di sebalik tujuan aq ni, dihiasi pulak dgan shabat2 yg sngat baik dan murah dgn syuman..
Walau berlainan negeri, tp itu bukan pghalang buat kami semua untuk membina sebuah ukhwah persahabatan lillahi taala..
Bila aq msuk DQ, bru aq kenal erti persahabatan..
Persahabatan yg org sering katakan seprti..
~Sahabat bukanlah mereka yang telah lama kamu kenal, namun mereka adalah mereka yang datang menghampirimu dan tidak pernah meninggalkanmu~
~ Jika tuhan menciptakan pelangi untuk mengindahkan langit, maka Tuhan telah menciptakana sahabat untuk keindahan hidupmu~
~Sahabat adalah mereka yang tahu kekuranganmu, namun tetap memilih untuk bersamamu ketika orang lain meninggalkanmu~
~Tak ada yang sempurna, sahabatpun pernah berbuat salah, tapi kamu selalu temukan sebuah alasan  untuk memaafkan mereka~

Indahkan kata2 pujangga kat atas ni?yang dh di "higllightkan dengan warna purple"..
Namun ianya bukan sekadar kata2 pujangga, tpi itulah realiti sebuah pershabatan yg aq dpat rasai di DQ..
Tak mmpu diungkap.. :)
Di darul quran juga aq belajar erti kesusahan..(tkdela sush mnepon, aq je yg mngda lbh,haha)
Yg paling aq tkleh lupa time aq kene basuh kain..
Dekat DQ ada mesin bsuh yg masukkan duit syiling, sekali bsuhan berjumlah RM2..
Aq agak exctedla, sbb fikir senang la cmni, ada mesin tlog bsuhkan bju..hehe..
Mggu pertama, aq tk guna la mesin bsuh kt DQ tu sbb blik umh jup, sbb nak uruskan pasal urusan kemasukan U and nak pergi karnival JOM  MASUK U kat PWTC..
Mnggu keduala buat pertama kali aq guna mesin bsuh yg dsdiakn.. Aqpun hepi sebab mesin tu berjalan dgan lncar..
Mnggu ke 3 plak, aq guna mesin bsuh tu lg.. Kat sini bermula peristiwa aq stress hanya sebab memikirkan kain aq dh siap bsuh ke blum..
Time tu aq bsuh kain wktu malam, n kebetulan malam tu pulak hujan..
Aq ni mana la ada pgalaman yg rupa nya asal hujan je blok aq tu PASTI "black out" ..
N then tu tkpe lg, rupenye dgan mesin2 black out dn bhnti berfungsi..
Dh bhenti berfungsi, bermakna, kalau mesin tu berhenti kat "RINSE", kat rinse jela..
Kecewa tk kcewa, RM 2 "burn" mcm tu je..
Aq pun isila RM 2 blik supaya proses pembasuhan tu berjaya diselesaikan..
Mnggu ke 4...(Minggu paling aq panas ar ngn mesin bsuh tu)..grr~~~~
Nk thu kenapa???
Mcm ni kisahnya.. 
Disebabkan aq dh bpgalaman yg semasa black out, mesin akn bhnti brfungsi, aqpun tklah bsuh time hujan.. Bak kata pepatah, "Experience is the best teacher"..
Aqpun dgan snag hti bsuhla kain guna mesin tu dgan rasa pnuh confident RM2 aq tkkan BURN dah..
Time ni aq ajak Huda, roommate aq join skali bsuh, sbb mesin tu bsar, rugila bsuh skit, byar mahal pulak an..
N then dh isi duit tu, aq pun blah la pergi masuk bilik..
5 minit kemudian, tetiba Huda masuk bilik n tanya "Nabilah, mesin tu dh bhnti berpusing eh?plikla, takkan cpat sgat?" Aqpun kerut2 gakla muka.. 
Aq pun balas "eh, takkanlah Huda salah tgok ni.."..
Huda pun jawab, "Jom kita tgok, confirmkan.."
N then aq pun follow huda dri blkag..
Tibalah di bilik mesin bsuh.. Aqpun tgok la mesin tu. Eh, npe mcm ni?
Pastu aq pun ckap, tkpela, msukkan jela RM2 lg..
Aqpun msukkanlah.. Betul je aq msukkan syiling yang terakhir, n huda pun tekan "POWER" and  "ON", tetiba ada akak diploma berdiri dpan pintu bilik msin bsuh tu..
Akak tupun berkata "Dik, mesin ni dah tkleh BERGERAK"..
Time tu dalam hati ini, bagai dihiris2 sembilu.. OH!tidakkkkk!!!!!
Burn RM 4..:(..nk meronta je time tu..
Last2, aq bsuhla tgan..
Aq tk kisah la bsuh tgan, TAPI sebab aq dh target nk bsuh mesin, aq kumpul la kain tu byak2, menggunung,adala dalam 20 HELAI..
Mak aih... Bapak banyaknye!!
Banyak tak banyak, aq pun bsuhla dgn hati yg pilu..huahuahua..:(
Aq tgok, huda bsuh kain guna tgan, cool je, aq rse mcm trseksa je bsuh..
Yela salu aq bsuh tgan plig byakpun lima helai je..
Ni 20 helai..tk ke merana nye..
Tapi akhirnya aqpun berjaya bsuh.. Tibe time nak sidai pulak..
Time tu sek bek penyidai kain kosong, rezki aq gakla dpat byak ruang kosong,selalunye pnuh gk..
N then, aq ni jnis tak larat nk perah kain, so aq sgkutla dulu kain tu bru aq perah..
Hbisla lntai kt tmpat pnyidai kain tu, bnjir sebab kain2 aq je..(tak senonoh punya anak dara,haha) 
Hbis sidai kain tu, aq pun msuk bilik ngn wajah lesu..time tu yg ada dalam bilik roommate aq Afiqah je yg ada..
Afiqah tnya, knp ngn bju?Lencun stu bju dari atas smpi bawah?
Aq jwbla, Basuh kainla...(dgan muka minta simpati)
Bukannya dpat simpati, kene gelak ade la..adoii..nasib badan..haha..
tp bila aq pk balik, sweet gk pgalaman bsuh kain aq..bila aq dh blik umah, brula aq appreciate mesin bsuh aq..btpa pntignye die dlm hdup aq..haha..ngn mesin bsuhpun nk jiwank..parah tol..
Hihi..
Seterusnye..
Pengalaman di DQ juga, aq belajar erti, "Kalau kt tempat baru, JANGAN main redah je"
Time tu, aq dgan kwn aq, Huda, bru pas makan kt DM, time tu pulak hujan, kebetulan time tu ada stu jalan plig dekat..
Aqpun ajak Huda lalu kat ctu..
Jalan punya jaln, kat pnghujung jalan tu ade la sekumpulan banin tgah berkumpul, aq ngn Huda pun lalu la kat ctu..
Time aq lalu tu, trdgar ada banin tgah bisik2, tp dgar gk kt cuping tlnga nih ha..
Dorg ckap "Hmm, budak baru nih.."
Aqpun ckp dlm hti, apa masalhnye budak bru?Apahal?Nk cri pasal?..(Sori emo,haha)
PA\astu, pada hri yg sama pulak kteorg pelajar SAQ ada taklimat ngn akak2 persijilan SEM 3 kat surau..
Taklimat terakhir akak tu dye kata, "Satu2nya jalan n lorong yang banat HARAM tuk lalu, lorong yg kat sane tu.....", Aqpun tgokla arah tgan akak tu tnjuk..
Aq terkedu jup..
Dlm hati ni aq ni berkata2 "Bukan ke tu jalan yg aq ngn huda lalu tgahari td?"..
Time tu aq trus pndag Huda, dgan muka pnuh dgan rasa malu dn blushing..
Oh NO!!!, ptutla banin td tu bisik2 kata budak baru..Pergh!!
Malu nye!!!
Huh...lawak bile aq pk blik..ni la pasal, kes main redah punya pasal..
Memg pastu tobat tak lalu dhla lorong tu..haha!
Pastu kenangan plig tkleh lupa, aq dgan roommates yg len beli makanan kat kafe, n kteorg makan sama2 kt bilik.. So sweet..:)
Kongsi2 air, kongsi2 mkanan..
Indah sangat..:)
Cukupla smpai sini..
Ti aq continue lagi kat page lain..:)..
Sekian..:) 

Thursday, May 3, 2012

Hari pertama di Darul Quran

25 March 2012

Hari pertama sampai di Darul Quran.. Perasaan excitad dan gembira saling bercampur baur.. Seakan tidak percaya mampu menjejakkan kaki di Darul Quran dan menjadi salah seorang pelajar di Darul Quran.. Alhamdulillah..Segala yang berlaku adalah ketentuanNYA.. Tiba di Darul Quran, tempat pertama di tuju adalah lobi pendaftaran..
Sebelum pergi ke kaunter pendaftaran peserta, emak bertanya kepada ku,
Emak: Surat tawaran SAQ bawak tak?
Me   : Bawak, tunggu jap, nak amik kat bonet kereta.
Sewaktu mencari , tetiba tak jumpa.. Berpeluh jugak. Pelik mana pulak hilangnya surat tu.. Padahal surat tula benda pertama yg isi dalam kereta.. Jenuhla kene bebel ngan mak..
Last2, pergi kat kaunter pendaftaran, bukan dia mintakpun surat tu.. Adoiii..
Usai je pergi pendaftaran, destinasi strusnya pergi ke asrama banat..
Smpai2 je usha bilik dulu.. Pergh, dapat bilik tgkat atas skli..
Tkdela atas sgt, tgkt 3 je pon..hehe..
Tp semput jugakla dibuatnya..
Sampai je bilik, time tu mak pun ada skali.. Perbualan bermula lg..
Emak: Ambil katil tgkat bawah tau.
Saya: Eh, nak tgkat atas, ti tk kene kipas.
Emak: Eh, kat atas panas thu tak...?Mak thula, mak dh brpgalaman dri kamu, cuba jgan degil.
Saya: Oh, mcm tu eh??hehe..ok..bawahpun bawahla..
Hbs berbual, makpun kluar bilik n then turun siap2 ambil beg n brag2 yg tk diagkt msuk bilik lg..


Dh hbs letak beg kat bilik, tibala saat yg mcm sdeyh la jugak..Sayupun ada..
Rasa sdh sbb buat prtma kali duduk asrama,haha..tk pnah jauh ngn parents.. Nak tgok mak pergi berlalu ngn kreta, tp mak tk bg. Kene halau soh msuk asrama..
N then, msukla asrama.. Aku org ptma yg mghuni bilik tu.. N then, brula ada sorang kawan msuk, namanya Nurina Syakira.. First impression,orgnye ok, nice n pendiam..
Pastu bila dia msuk, diapun kluar blik..katanya ada bnda yg nk diuruskn..
Tgallah aq sorg dlm bilik tu.. Tgah sebuk2 kemas, dtag pulak sorg lg kawan.. Namanya Huda..
Mula2 dia msuk mcm terpana gak la, trkjut.. Sebab tgok dia mnis orgnye, lmah lmbut, peramah.. Syumannye pun sweet2 mangosteen gitu..hehe..
N then diapun kuar bilik balik... Las2, dlam pkul 6.30 brula bilik asrama tu dpnuhi pghuninya..
Dan kamipun saling bertaaruf..
Huda asal Perak, n sekolah di Perak, Nurina asal Selangor sekolah Kelantan n Afiqah asal kelantan n sekolah di Kelantan.. Aq pulak, asal KL sekolah Putrajaya..
Tamat sudah hari pertama ku di DQ... :)

Jaga kulit mukamu..:)




Kulit muka yang tak dijaga dengan baik menyebabkan proses penuaan berlaku lebih awal daripada sepatutnya. Begitu juga dengan kulit yang aktif. Sebab anda kerap menegangkannya tetapi tak membersihkannya dengan sempurna, tak gunakan pelembab serta sering terdedah kepada matahari.


Sebaliknya, kalau anda nak mengekalkan keremajaan kulit muka lebih lama, ikutilah 6 cara penjagaan muka berikut;

1. Minum air kosong sebanyak 8 - 10 gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit. Kalau nak minum lebih daripada 10 gelas sehari pun boleh. :)

2. Sebelum tidur, basuh muka anda dengan air bersih. Kotoran dan bakteria yang tak dibersihkan tu boleh menyebabkan kulit berjerawat dan timbulnya garis penuaan pramatang.

3. Jangan lupa juga cuci muka anda sebelum beriadah ataupun bersenam. Kalau berpeluh nanti, ia akan mengurangkan jumlah kotoran serta bakteria yang terkumpul.

4. Amalkan 3 langkah penjagaan kulit muka. Pertamanya, cuci muka dengan air suam dan gunakan pencuci yang berasaskan glycerin. Lepas cuci muka, gunakan penyegar (toner) dan disusuli dengan pelembap.

5. Pastikan anda melindungi kulit daripada sinaran matahari sebaik mungkin. Gunakan krim pelindung matahari SPF 15 bagi melindungi kulit terbakar dan masalah kedutan.

6. Akhir sekali, jika anda mengalami masalah kulit yang serius, berjumpalah dengan pakar kulit atau dermatologis. Dapatkan khidmat nasihat tentang apa yang patut anda buat.

Wednesday, May 2, 2012

ZINNIRAH



Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan aqidah
Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat
merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan aqidah
yang bertunjangkan tauhid kepada Allah menjadi harta
yang tiada ternila bagi setiap muslim. Ia adalah
cahaya yang menyinari hidup insan dan penyelamat dalam
mengharungi sengsara kacau-bilau pada hari pembalasan.


Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat
awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum Muslimin dan
muslimat dalam mempertahankan pegangan aqidah mereka.
Sikap inilah yang membuahkan hasil yang amat berharga
dalam sejarah perkembangan Islam hinggalah ke hari
ini. Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa
setiap umat Islam.

Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah
antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah
demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam
lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh Allah untuk
menerima ujian yang cukup getir. beliau menerima
hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah
S.A.W yaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara
sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda.
Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk
Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah

Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa
Rom. beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar
di Mekah. Akihirnya beliau telah dibeli oleh Umar
Al-Khattab untuk dijadikan hamba. Dari segi
fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah,
tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa
yang cukup kental dan tabah.
Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara
sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu
termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahya
keimanan ini ialah Zinnirah. beliau telah menerima
dengan sepenuh hati. Pada peringkat awal keislamannya,
Zinnirah melakukan perintah islam secara
sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar
Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir, membaca
Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan
keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati.

Penderitaan atas Zinnirah ini bermula setelah
tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keislamannya. Umar
telah dapat merasakan perubahan yang terjadi dalam
diri hambanya itu. Setelah diselidiki, nyatalah bahwa
hambanya meniggalkan agama nenek moyang dan menerima
ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.
Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi
Rasulullah dan agama Islam sebelum keislamannya.
Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.w. Beliau mengancam
sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap
berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam
anaknya perempuannya hidup-hidup karena malu dipandang
masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah
mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang
daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam.
Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian
Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum Muslimin.
Maka, teruslah Umar menyiksa Zinnirah
dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama
asalnya dan meninggalkan Islam. Berbagai siksaan
dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, gertakan, tendangan
, dijemur di tengah-tengah panas terik adalah
hal biasa dalam kehidupan Zinnirah. Semuanya dihadapi
dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya
bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T.

Puncak penyiksaan terhadap Zinnirah ialah ketika
matanya ditusk dengan besi panas. Beliau kehilangan
kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup
dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan
jiwanya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi
penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari
tuannya.
"Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan
ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak.
Perjuangan ini memang berat, selalu menderita dan
sengsara karena aku sadar untuk mendapat syurga. aku
terpaksa mengarubgi ujian berat, sedangkan neraka itu
dipagari oleh berbagai kesenangan."
Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat
kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di
atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin
kukuh. Imannya semakin teguh.
Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin
Mekah. Berbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka
mengatakan Zinnirah buta karena dilaknat oleh tuhan
Latta dan Uzza. Mereka mengatakan itu karena Zinnirah
mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta
bukan karena tuhan mereka, sebaliknya ini adalah
perbuatan Umar dan Allah menetapkan ini terjadi.
Walaupun diuji dengan segala bentuk, keyakinannya
kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karunia
kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali
dengan karunia Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula
keindahan ciptaan Allah S.W.T. hatinya dengan penuh
kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi.
Dengan taufiq hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk
Islam jua.

Cara Menjaga Dan Menambah Hafalan Alquran

Cara Menjaga Dan Menambah Hafalan Al-Quran

 

Diantara perkara yang boleh membantu menjaga dan menambah hafalan kita:
1. Berdoa kepada Allah dengan ikhlas dan sungguh-sungguh supaya diberi pertolongan dalam menghafal ayat-ayatNya
2. Hendaknya niat kita ingin mengamalkan apa yang kita hafal
3. Menyisihkan waktu tertentu setiap hari untuk mengulang dan menambah hafalan
4. Hendaknya memiliki guru yang mumpuni untuk setoran hafalan dan muraja’ah
5. Sebisa mungkin menggunakan satu cetakan mushaf
6. Mengulang-ulang apa yang sudah dihafal sebanyak mungkin
7. Membaca apa yang sudah dihafal di dalam shalat kita
8. Membaca dan memahami tafsir ayat yang sudah kita hafal
9. Menjauhi kemaksiatan
10. Sedikit-sedikit dalam menghafal tetapi rutin.
Wallahu a’lam.

Cara Penjagaan Mata

 
1) Elak dari memakai cermin mata hitam yang tidak mempunyai uv protection 100%,kerana mata kita apabila berada di dalam keadaan yang x cukup terang ( gelap ),bukaan anak mata akan menjadi lebih besar, ini akan membolehkan uv matahari memasuki mata dengan lebih banyak dan boleh merosakkan struktur bentuk asal kanta mata ( menjadi rabun ).

2) Elakkan menggunakan computer tanpa memasang screen filter. kerana cahaya yang dipancarkan oleh monitor computer atau screen tv boleh merosakkan mata dengan cepat. ( cahaya uv tersebut boleh menjangkau sehingga 2 meter.

3) Jangan membaca atau menulis di dalam bilik atau kawasan yang tidak cukup cahaya,terutama membaca sambil tidur melentang.( Pastikan cahaya yang cukup untuk menerangi bahan bacaan atau penulisan anda ).

4) Jangan membaca di dalam kenderaan yang sedang bergerak.

5) Jangan memaksa mata untuk memfokus melihat sesuatu objek atau tulisan yang mata anda tidak mampu untuk melihat dengan jelas,kerana keadaan tersebut akan memberi tekanan pada mata anda.

6) Selalulah memandang pada benda2 yang berwarna hijau seperti timbuh2an,terutama pada sebelah pagi.

TIP MENJAGA CERMIN MATA DENGAN BAIK>

1) Jangan sesekali mengelap kanta cermin mata anda dengan tisu, kerana ia boleh merosakkan permukaan kanta tersebut.

2) Elakkan dari terkena bahan2 chemical seperti body spray atau apa saja perfume yang berasaskan bahan tersebut.

3) Jangan meninggalkan cermin mata anda di dalam kereta yang terdedah di bawah cahaya panas terik matahari.

4) Kepada cek mek molek tu, kalau boleh elakkan memakai cermin mata ketika memasak,kerana bahang panas tersebut boleh merosakkan lapisan anti silau pada kanta tersebut.

5) selalulah membilas cermin mata anda pada setiap hari,dan laplah ia sampai keringggggg.

CARA MEMAKAI DAN MENJAGA KANTA LEKAP ( CONTACT LEN )

1) Pastikan anda tidak alahan pada semua jenis makanan laut.

2) Jangan memakai kanta lekap melebihi 10 jam sehari.

3) Jangan menunggang / membonceng motosikal semasa memakai kanta lekap.

4) Jangan memakai kanta lekap apabila anda mengambil ubat yang memberi kesan mengantuk.

5) Buka kanta lekap anda apabila anda ingin tidur,walaupun sekejap.

6) Cuci kanta lekap anda betul2 sebelum anda menyimpan kanta lekap anda.

7) anda perlu menukar air solution tersebut setiap hari walaupun anda x memakainya.

8) jangan memakai kanta lekap anda melebihi tempoh yang disyorkan ( 30 hari bagi yang 1 bulan/90 hari bagi yang 3 bulan )

9) Jangan memakai kanta lekap anda semasa berenang atau mandi.

AMARAN: JANGAN MEMAKAI KANTA LEKAP SEKIRANYA ANDA DIKATEGORIKAN SEBAGAI PEMALASSSS.

TIPS INI DISEDIAKAN OLEH : WORLD OPTOMETRIST ( RANGKAIAN PUSAT OPTIK BUMIPUTERA )

Pergigian..:)

Kerjaya di bidang pergigian 


Pergigian adalah satu cabang perubatan yang kini semakin di minati. Ia sangat laris kini. Namun semasa zaman 90an, kerjaya ini agak baru dan masih tidak diketahui umum. Ramai anak muda kita, yang mendapat keputusan cemerlang memilih untuk mengikuti program perubatan di dalam mahupun di luar negara. Sama lah seperti saya, keinginan memang kearah perubatan, kerana pada sekitar tahun 90an, tidak banyak pendedahan diberikan oleh cikgu di sekolah, atau maklumat di media atau di dada akhbar.
Di dalam bidang pergigian, kita hanya tahu doktor gigi sahaja, tetapi staf sokongan juga janganlah dilupakan. Saya akan memberi penerangan berkaitan peluang kerjaya pergigian yang ada dan di iktiraf oleh Kementerian Kesihatan.
1. Pegawai Pergigian
Mereka bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan pergigian kepada masyarakat. Seorang Pegawai Pergigian akan melakukan pemeriksaan dan diagnosa. Mereka juga akan melakukan rawatan seperti tampalan, cabutan, dan gigi palsu.Untuk menjadi seorang Pegawai Pergigian, mereka perlulah mempunyai ijazah di dalam pergigian daripada mana-mana universiti yang diiktiraf samada di dalam atau luar negeri.Pengamal pergigian perlulah mendaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia. Semenjak 29 Jun 2001, setiap pegawai baru perlu berkhdmat dengan kerajaan selama 3 tahun.Umumnya tangga gaji permulaan adalah bermula dari P1T5. Mereka boleh berkhidmat samaada di Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Orang Asli, dan Swasta.
2. JURURAWAT PERGIGIAN
Jika anda seorang yang penyabar dan penyayang serta mampu berkomunikasi dengan baik dengan kanak-kanak, kerjaya ini adalah sangat sesuai. Tugas mereka adalah memberi rawatan kepada kanak-kanak berusia 17 tahun dan ke bawah. Mereka juga akan terlibat dalam promosi pendidikan kesihatan pergigian yang dibuat dalam bentuk ceramah, “play”, pameran dan kempen. Sekarang, latihan untuk menjadi jururawat pergigian hanya terdapat di Kolej Pergigian Latihan Kanak-Kanak di Pulau Pinang. Setelah tamat latihan pelajar akan di beri Diploma Kejururawatan Pergigian.
3. JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN
Jika anda seorang yang gemarkan kerja tangan dan kejuruteraan, anda suai memilih bidang ini. Seorang Juruteknologi Pergigian, meraka akan membuat prostesis (gigi palsu, korona), aplian ortodontik, dan aplian pembedahan mulut. Selain daripada itu, mereka juga terlibat di dalam pembaikan peralatan pergigian dan pembangunan klinik.
4.PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN
Pembantu pembedahan pergigian bertanggungjawab dalam membantu pegawai pergigian dan jururawat dalam pengusan pesakit. Mereka juga bertanggungjawab didalam “infeksi kontrol” di bilik rawatan. Selain daripada itu mereka juga boleh menerima resit bayaran daripada pesakit serta mengemaskini rekod atau kad rawatan pesakit. 

HABBATAUS SAUDA

 

1001 Kelebihan Habbatus sauda

Nigella Sativa, pohon yang darinya dihasilkan minyak Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan yang berbunga secara tahunan. Asalnya tumbuh meliar di negara-negara sekitar Mediterranean dan negara-negara tenggara Asia. Kemudian ia ditanam secara meluas di Afrika utara terutama Mesir, di selatan Eropah di Syria dan sedikit di Asia Tengah seperti Iran dan India, . Tumbuh dengan ketinggian sekitar 20 hingga 50 sentimeter dan berdaun halus dengan kedudukan daun bertentangan. Batangnya berwarna hijau, bulat, berbulu dengan ukuran garis lintang sekitar 2 hingga 5 milimeter, sementara jarak diantara dahan adalah sekitar 2 hingga 5 sentimeter. Dahan bercabang di atas. Berbunga lembut di hujung dahan, selalunya berwarna biru muda dan putih, berukuran garis lintang sekitar 3 sentimeter, jumlah kelopak diantara 5 hingga 10 helai. Tangkai bunga agak panjang dan ia semakin panjang apabila buahnya semakin matang. Berbuah agak besar jenis ‘inflated capsule’ terdiri dari 3 hingga 7 pangsa yang mengandungi sejumlah biji. Bijinya berbentuk segi tiga, berwarna hitam, berbau ‘pungent’ yang agak kuat, mengandungi nisbah minyak yang agak banyak. Bijinya digunakan sebagai rempah dan juga berbagai kegunaan lain dan terakhir paling popular digunakan untuk menghasilkan minyak Habbatus Sauda’. Ia mempunyai rasa ‘pungent bitter’.
HADITH SAHIH TENTANG HABBADUS SAUDA’
Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuhkan segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut”
Riwayat Imam Bukhari.
Daripada Buraidah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda :
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat segala penyakit kecuali mati”.
Riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadith-hadith sahih no. 1819.
Daripada Abu Hurairah, beliau pernah mendengar Rasulullah saw bersabda :
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat bagi segala jenis penyakit kecuali Al-Sam yakni maut”.
Riwayat Bukhari (10:118-119) ; Muslim (7:25) ; Ibnu Majah (2:342) ; Tarmizi (2:3 pada edisi BulaQ) ; dan Ahmad (2:241) menerusi riwayat Sufyan bin ‘Uyainah daripada Al-Zuhri dan Abu Salamah.
HABBATUS SAUDA’ DALAM PERUBATAN MODEN
“ Nigella sativa commonly known as love in the mist a beautiful Middle Eastern Herb with many use” Dr. Micheal Tierra. L.A.C, O.M.D. Pengarang buku Planetary Harbology, Dalam Kanun Perubatan (The Canon of Medicine) Ibnu Sina (980-1037 Masihi) mengatakan bahawa “black cumin adalah bijirin yang sangat merangsang tenaga tubuh dan sangat membantu dalam kelelahan kronik, kehilangan semangat serta memberikan kesan therapeutic pada gangguan pencernaan, penyakit puan, dan sistem pernafasan”.
Sementara itu Al-Biruni (973-1048 Masihi) menegaskan bahawa “black seed” berkemungkinan digunakan sebagai bijirin penuh berzat semasa kurun ke sepuluh dan kesebelas.
Selain itu kehebatan Habbatus Sauda’ turut diperakui oleh cendekiawan silam lainnya seperti Ibnu Qayyim dan Al Baghdadi , disamping ratusan ahli sains dan pakar perubatan moden memperakui keunggulannya. Sebahagian daripada mereka adalah Dr. Basil Ali (dari The College of Medicine at King Faisal University), Dr Haq (dari The Department of Biological and Medical Research Center in Riyadh, Saudi Arabia), Dr. Michael Tierra (Pengarang buku Planetary Herbology), Dr. Peter Schleicher (Immunologist dari Munich), Professor Dr. El-Dakhakny (Pharmacology Department of Medicine, Elexandria University, UAR Egypt), Dr. Nirmal Chakravarty, M.D, Dr. Badr-el-Din dan Dr. Mahfouz, Dr. Ahmed El-Qadi dan Dr. Usama Qandil.
“ Habbatus Sauda’ memiliki peranan yang penting pada pencegahan tumor & kanser. Pada penggunaannya dalam waktu yang lama minyak Habbatus sauda’ memperkuat sistem kekebalan tubuh. Selain itu dapat mempercepat pembelahan sel”. Dr. Stanley Kopok, University of Arizona, USA
” Dengan mengkonsumsi Nigella Sativa dapat melawan kelelahan ”.
” Sebagai tambahan sebaiknya habbatus sauda’ dimakan dengan Royal Jelly dengan perbandingan 2:1 ”.
Dr. Mohammed Saleh, Kairo-Mesir
” Ekstrak habbatus sauda’ memiliki khasiat anti-tumor tanpa kesan sampingan seperti apa yang terjadi pada Chemotherapi dan penyinaran”.
Study of Nigella sativa on humans, University of South Carolina. USA
“ Habbatus sauda’ mempunyai lebih dari 100 bahan aktif dengan berbagai khasiat penyembuhan. Salah satunya adalah impotensi.”
Black Cumin, The Magical Egyptian Herb, Dr. Peter Schleicher, M. D.
Dr.Mohammed Saleh, M.D., Egypt
“ Habbatus sauda’ terbukti memiliki kesan aktiviti anti-histamin, anti-oxidant, anti-biotic, anti -mycotic dan penghambat Bronchitis”.
Study of Black Seed Oil on Humans, American Scientists
“ Kombinasi bahagian lipid dan struktur hormon dalam Nigella Sativa dapat meningkatkan air susu bagi ibu menyusui”
University Pochefstroom
” Terapi baru yang efektif, mudah dicerna dan tidak mahal pada penyakit alergi adalah penggunaan asam lemak tidak jenuh dari minyak biji tanaman, terutama minyak Nigella Sativa”.
Dr. Lutz Bannasch, München - Jerman
” Nigella Sativa mengandungi minyak eter yang dapat membantu pencernaan & mengurangi masalah usus ”.
Prof. Dr. Hildebert Wagner, Institut fur Pharmazeutische Biologie, München - Jerman
” Nigella Sativa mengandung asam lemak tak jenuh, Linoleic & Gammalinolenic yang masuk dalam tubuh. Asam ini memungkinkan untuk pencapaian sintesis yang merupakan sistem kekebalan tubuh yang penting menyebabkan penyakit kronik seperti jerawat dan demam karena alergi, hingga kanser ”. Dr. Peter Schleicher, M. D., Immunologist, Munich Germany

Meningkatkan fungsi kekebalan tubuh ”.
US. Patents Section, Antiviral Agents Bulletin # 5, 482, 711
” Habbatus sauda’ merangsang sumsum di tulang & imuniti sel serta pengeluaran terferon, melindungi sel-sel normal melawan virus perusak sel, melawan sel tumor, dan meningkatkan antibodi yang mengeluarkan sel B”.
Cancer Immuno-biology, South Carolina
” Habbatus sauda’ terbukti menyembuhkan 70 % penderita alergi, termasuk di dalamnya alergi serbuk dan debu juga jerawat, serta neurodermitis ( penyakit kulit), asthma dan lemahnya daya kekebalan tubuh. Mengambil habbatus sauda’ secara teratur dapat menahan secara baik penyakit flu ”.
Dr. Peter Schleicher, Immunologie, München-Jerman
BAGAIMANA HABBATUS SAUDA’ BERPERANAN
Kebanyakan masalah kesihatan manusia ketika ini adalah berpunca dari masalah yang sama, samada infeksi oleh mikro-organisma seperti bacteria, virus, parasit dan kulat. Jika menggunakan pengubatan secara klinikal (ubatan allopatik), setiap kesan atau petanda penyakit akan di rawat secara berasingan, dan selalunya menggunakan ubatan yang di furmulasi secara kimia yang mengandungi alkohol dan beberapa kandungan bahan berbahaya.
Sementara habbatus sauda’ berkesan merawat tubuh secara keseluruhan dan bertindak ke atas punca sebenar penyakit. Habbatus sauda’ menyelaraskan kembali sistem pertahanan tubuh samada tatkala ia terlalu lemah atau ketika keadaannya terlalu kuat. Ia sangat cemerlang dalam merawat penyakit yang berkaitan dengan masalah hormon dan alahan yang kronik. Secara am, kegunaan serta manafaatnya terlalu banyak. Ia membantu sistem metabolisma, memperbaiki sistem pencernaan, menurunkan paras kandungan gula dalam tubuh. Ia akan membantu menyahkan segala cacing dan parasit dari dalam saluran usus. Ia berguna dalam melegakan sakit kerongkong , batuk, asthma, selsema, mengatasi keradangan, memperbaiki dan melancarkan peredaran darah, menambah pengaliran susu badan, membekalkan tenaga segera, menambah jumlah bilangan sperma, menstabilkan sistem tunjang, mengalakkan pertumbuhan rambut sekaligus menghalang keguguran rambut, mengatasi kulit berkedut, menambah ‘tone’ badan, disentri kronik, diabetes mellitus, dan banyak lagi.
Biji Nigella sativa dikenali dengan berbagai nama seperti Habbah elbarakah (Arab), Kalounji, Mungal realael (Hindi), Kezah (Hebrew), Charnushka (Russia), Corek otu siyah (Turki), Siyah daneh (Parsi), Zwiebelsame,Nadella, Schwarzkumm (German), Neidonkuka (Finland), Mustkoomen (Estonia), Karijnigi (Kanada), Czarnuszka siewna (Poland), Nigella (Itali), Graine atau Wagella Cultiree, Cheveuxdevenus, Negelle (Perancis), Svartkummin (Sweden), Niguilla, Pesionara (Sepanyol), Svartkarve (Norway) Juga dikenali sebagai Fennel flower, Black caraway, Nutmeg flower atau Roman coriander (Inggeris). Biasa juga biji buahnya dipanggil sebagai Black cumin, Nigella atau Black seed. Dikalangan orang Mesir dan Syam ia dikenali sebagai Al-Habbatul Barakah, dan bagi Telegu dipannggil Nellajilakaira, Punjabi dipanggil Kalongi, Malayalam dipanggil Karunjiragam, Singhalese dipanggil Kaluduru, Marathi dipanggil Kalonji, Tamin dipanggil Karunjiragam. Di Yaman dan Iran dikenali dengan nama Al-Syuniz, manakala di Algeria dipanggil Sanuj sementara di Moroko dipanggil dengan nama Basdas.
SEJARAH HABBATUS SAUDA’
Dilapurkan bahawa Nigella sativa (black seed) telah di temui di dalam makam Tutankhamen. Penemuan ini telah memberikan gambaran bahwa ia (Nigella sativa) mengambil tempat yang sangat penting dalam kehidupan orang-orang Mesir purba. Sungguhpun kegunaan sebenar Nigella sativa dalam masyarakat Mesir tidak diketahui secara tepat, namun dengan penemuan tersebut kita memaklumi bahawa sesuatu tidak akan dimuatserta kedalam makam diraja jika ia bukan sesuatu yang terpilih dan dipercayaai serta diyakini oleh mereka sebagai sangat berguna dan membantu raja mereka selepas mati.
Dalam sistem Perubatan Greco-Arab/Unani-Tibb yang berasal dari Hippocrates, menganggap black seed sebagai sumber pemulihan dalam gangguan pencernaan dan juga hati. Juga dianggap sebagai perangsang dalam berbagai keadaan tubuh.
Adalah fakta yang tidak benar jika dikatakan bahawa orang Arab mempelajari kegunaannya daripada orang-orang Greeks, kerana sebelum perkembangan Islam di Timur Tengah, tiada terdapat sebarang keterangan dan catitan tentang penggunaannya. Kegunaannya dalam perubatan hanya dicetuskan selepas kebangkitan Islam bermula dari apa yang telah diucapkan oleh Rasulullah saw berbunyi:-
“Sesunguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuhkan segala penyakit kecuali Al-Sam”.
Hadith riwayat Imam Bukhari
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat segala penyakit kecuali mati”.
Hadith daripada Buraidah.
NILAI GIZI MAKAN DALAM HABBATUS SAUDA’
Mengandungi monosaccharides (single molecule sugars) dalam bentuk glucose, rhamnose, xylose, dan arabinose. Ia mengandungi komponen non-starch polysaccharide sumber yang sangat berguna dalam kaedah keperluan pemakanan berserat.
Ia kaya dengan asid lemak, terutamanya asid lemak tak tepu dan asid lemak essential (Asid Linoleic dan Linoleic). Asid lemak essential tidak boleh di keluarkan oleh tubuh, jadi tubuh memerlukannya dari makanan seumpama habbatus sauda’.
Habbatus sauda’ mengandungi lima belas amino acids yang membentuk kandungan lengkap proteinnya termasuk lapan dari sembilan amino asid essential. Asid amino essential tidak boleh di proses guna dalam badan dalam jumlah yang mencukupi, jadi ia boleh didapati dari habbatus sauda’.
Habbatus sauda’ mengandungi Arginine yang mana ia sangat penting bagi pembesaran bayi.
Hasil analisis kimia telah menemukan bahawa habbatus sauda’ mengandungi karotene, yang mana ia kelak akan diubah oleh hati menjadi vitamin A, vitamin yang ketahui bertindak sebagai anti kanser.
Habbatus sauda’ juga merupakan sumber kalsium, sodium, potassium dan zat besi. Walaupun jumlah yang diperlukan oleh tubuh badan hanya sedikit, tetapi kesemuanya berfungsi sebagai faktor sampingan dalam peranan enzyme.
Barokah - Banyak sungguh khasiat dari Jintan Hitam atau Habbatus Sauda ini. Di sini disertakan lagi artikel tentang herba ini. Marilah kita beramal dengan menggunakannya. Ia juga termasuk amalan sunnah dari Rasulullah SAW. Bayangkanlah bagaimana besarnya barokah dan hikmah dari mengamalkan herba ini kerana orang yang paling dikasihi Tuhan pun menyarankannya. Wallah A’lam.
Habbatus Sauda’ (Black Seed) / Habbatus Sauda (Black Cumin) adalah tanaman bunga Fennel dari keluarga Buttercup (Ranunculaceae). Menurut sejarah tanaman herba ini berasal dari Mediterania (terutama di Mesir), yang mana sekarang ini tersebar di kebanyakkan pelusuk dunia, seperti di jazirah Arab (Yaman, Saudi Arabia), Siria, Irak, sebagian Asia Tengah (India, Pakistan), negara-negara Laut Tengah (Yunani, Siprus) dan Amerika.
Habatus Sauda adalah bijian hitam yang telahpun dikenali ribuan tahun yang lalu dan digunakan secara meluasnya oleh masyarakat India dan Timur Tengah untuk mengobati berbagai macam penyakit. Nigella Sativa Semen adalah biji dari Nigella Sativa yang dapat mereproduksi dengan sendirinya, di mana biji-biji tersebut sebelumnya berwarna putih kemudian setelah matang akan berwarna hitam (Nigella).
Habbatus Sauda mula ditemui di makam Tutan- khamen di Yunani Kuno dimana pada saat itu raja-raja dikubur bersama-sama dengan Nigella untuk membantu diakhir hidup- nya, ada juga yang mengatakan bahawa ianya di gunakan sebagai pengawet kepada mayat.. Tanaman perdu ini mengembangbiakkan dirinya sendiri hingga berbunga. Bunganya berwarna ungu kebiru-biruan atau keputih-putihan. Batang bunganya bisa mencapai ketinggian 30-60 cm dan membentuk sebuah kapsul biji (kelopak) yang di dalamnya terdapat biji-biji trigonal berwarna putih. Saat kapsul buah tersebut matang, ia akan membuka dan biji-biji yang ada di dalamnya berubah menjadi hitam warnanya (Black Cumin Seed). Bahagian inilah (biji hitam) yang dimanfaatkan sebagai herba kesehatan, memiliki aroma khas dan bentuknya sama seperti biji bijan, namun berwarna hitam dan berserabut, panjangnya tidak lebih dari 3 mm.
Bijian hitam ini merupakan tumbuhan alami (dengan nama ilmiah Nigella sativa) yang juga dikenal sebagai Biji Samin Hitam. Di Mesir, biji hitam ini dikenal dengan “Seed of Blessing” atau “Blessed Seed” (biji yang diberkahi) kerana biji ini juga baik untuk berbagai macam keperluan. Ia juga dikenal sebagai “Black Cumin” dalam Bahasa Inggris. Di kalangan orang Melayu ia dipanggil Jintan Hitam.
Di kebanyakkan Negara-negara Arab, Habbatus Sauda digunakan didalam pelbagai jenis masakkan, seperti dalam pembuatan roti dan sebagainya.
Habbatus Sauda ( Nigella sativa) lebih tepat dikenal sebagai “Blessed Seed” (biji yang diberkati) karena dianggap sebagai salah satu jenis tumbuh-tumbuhan ubat yang terbaik di semua zaman. Ini adalah suatu ubat yang sempurna yang dipergunakan di seluruh zaman untuk mengatasi berbagai masaalah yang berhubungan-kait dengan kesihatan yang antara lainnya: pernafasan, kulit, perut dan masalah usus, ginjal & fungsi hati, peredaran darah dan ketahanann terhadap kekebalan tubuh, serta untuk memelihara dan meningkatkan bagi keseluruhan kesihatan.
Ahli Perubatan Yunani Kuno, Discoredes, pada abad yang pertama telah mencatatkan bahawa Nigella Sativa telah di gunakan untuk mengubati sakit kepala, saluran pernafasan, sakit gigi dan cacing di dalam usus.
Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.
Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.
Kelebihan Habbatus Sauda.
Al Bukhary meriwayatkan dari Aisyah r.anha bahwa dia pernah mendengar Rasulullah saw bersabda : “ Sesungguhnya di dalam Habbatus sauda’ terkandung kesembuhan untuk segala penyakit, kecuali as sam. Aku bertanya, “Apakah as sam itu?” Beliau menjawab, “Maut”
Dalam riwayat Muslim disebutkan : “Tidak ada satupun penyakit melainkan di dalam habbatus sauda’ terdapat kesembuhan baginya, kecuali kematian.”
Habbatus Sauda membantu memperkuat metabolisma, pencernaan dan menurunkan tingkat kadar gula dalam darah. Tumbuh-tumbuhan ini juga berguna dalam pengobatan diabetes militus. Dalam masalah pencernaan, Habbatus Sauda membantu merangsang cairan empedu dan mendorong sirkulasi (darah), memperbaiki pencernaan dan telah digunakan untuk melawan cacing dna parasit pada saluran usus.
Habbatus Sauda merupakan jamu yang unggul yang memiliki banyak manfaat terutama bila untuk pemeliharaan sistem kekebalan yang kuat dan sehat. Habbatus Sauda ini pun sangat berguna untuk mereka yang menderita asma dan gangguan saluran pernapasan, sistem kekebalan yang lemah dan yang terlalu dirangsang, gangguan ginjal atau liver, gangguan pencernaan dan perut, keluhan encok dan peredaran darah, alergi, demam dan jerawat.
Habbatus Sauda merupakan jamu yang aman dan manjur yang dapat digunakan oleh setiap orang. Bahan ini tidak memiliki efek samping dan memiliki sejarah panjang tentang penggunaannya selama beberapa ratusan tahun.
Di dalam Kitab At Tibbun Nabawi (Pengobatan Cara Nabi yang ditulis oleh Ibnu Qayyim AlJauziyah ). Habbatus Saudah yang dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barakah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda dapat mengobati sekitar 50 macam penyakit tanpa kesan samping. Subhaanallah.
Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat. Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.
Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).
MANFAAT HABBATUS SAUDA
1. Menguatkan sistem kekebalan
Berdasarkan hasil penilitian, jintan hitam dapat meningkatkan jumlah cells T, yang baik untuk meningkatkan sel-sel pembunuh alami. Keberkesanannya hingga 72% jika dibandingkan dengan plasebo (hanya 7%). Dr. Basil Ali dan rakannyanya dari College of Medicine, di Universitas King Faisal, menerangkanannya dalam jurnal Pharmasetik Saudi.
Keampuhan ekstrak Nigella diakui oleh Prof. G Reitmuller, Direktur Institut Immonologi dari Universitas Munich, dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan dapat digunakan sebagai bioregulator. Dengan demikian, Nigella dapat dijadikan ubat untuk penyakit yang menyerang kekebalan tubuh seperti kanser dan AIDS.
2. Meningkatkan daya ingat, konsentrasi dan kewaspadaan
Dengan kandungan asam linoleat (Omega 6) dan asam linolenat (Omega 3), Nigella merupakan nutrisi bagi sel otak yang berguna untuk meningkatkan daya ingat dan kecerdasan. Nigella juga memperbaiki mikro (peredaran darah) keotak dan sangat cocok diberikan pada anak usia pertumbuhan dan lansia.
3. Meningkatkan daya ketahanan hormon
Hormon adalah zat aktif yang dihasilkan oleh kelenjar endoktrin, yang masuk dalam peredaran darah. Dalam tubuh manusia terdapat berbagai jenis hormon, di antaranya hormon reproduksi yang berhubungan dengan gairah seksual. Salah satu kandungan Nigella adalah setrol yang berfungsi sintesa dan bioaktivitas hormon.
4. Meneutralkan racun dalam tubuh
Racun dapat mengganggu metabolisme dan menurunkan fungsi organ penting seperti hati, paru-paru dan otak. Gejala ringan keracunan dapat berupa diare, muntah, pusing, gangguan pernapasan dan menurunkan daya konsentrasi. Nigella mengandungi saponin yang dapat meneutralkan dan membersihkan racun dalam tubuh.
Selain menjelaskan khasiat-khasiat dari Habbatus Sauda’ lebih lanjut, pada bagian kedua ini juga terdapat penutup yang membahas Habbatus Sauda’ dari sisi lain yang patut untuk dijadikan bahan renungan karena ia merupakan salah satu contoh dari untaian hikmah terhadap apa-apa yang datang dari Allah dan tasul-Nya.
5. Mengatasi gangguan tidur dan stress
Sapion terdapat pada Nigella mempunyai fungsi seperti kortikosteroid yang dapat mempengaruhi karbohidrat, protein dan lemak serta mempengaruhi fungsi jantung, ginjal, otot tubuh, dan syaraf. Sapion berfungsi untuk mempertahankan diri dari perubahan lingkungan, gangguan tidur dan dapat menghilangkan stress.
6. Anti histamin
Histamin adalah sebuah zat yang dilepaskan oleh jaringan tubuh yang memberikan reaksi alergi seperti pada asma bronchial. Minyak yang dibuat dari Nigella dapat mengisolasi dithymoquinone, minyak ini sering disebut nigellone yang berasal dari Volatile Nigella. Pemberian minyak ini kesannya positif terhadap penderita asma bronchial. Penelitian yang dilakukan oleh Nirmal Chakravaty MD pada tahun 1993, membuktikan kristal dari negellone memberi kesan yang suppressive. Kristal-kristal ini dapat menghambat protemkinase C, sebuah zat yang memicu pelepasan histamin.
Penelitian lain juga membuktikan hal serupa. Kali ini dilakukan oleh Dr. Med. Peter Schleincher, ahli immonologi dari Universitas Munich ia melakukan pengujian terhadap 600 orang yang menderita alergi. Hasilnya cukup meyakinkan, 70% yang menderita alergi terhadap debu, serbuk, jerawat, dan asma sembuh setelah diberi minyak Nigella. Dalam praktiknya, DR. Schleincher memberi resep Nigella ke pasiennya yang menderita influenza.
7. Memperbaiki saluran pencernaan dan anti bakteri
Nigella mengandungi minyak atsii dan minyak volatil yang telah diketahui manfaatnya untuk memperbaiki pencernaan. Secara tradisional minyak atsiri digunakan untuk ubat diare. Pada tahun 1992, Jurnal Farmasi Pakistan memuat hasil penelitian yang membuktikan volatile lebih kuat untuk membunuh strain bakteri V Cholera dan E Coli dibandingkan dengan anti biotik seperti ampicillin dan tetrasiklin.
8. Melancarkan air susu ibu
Koordinasi bahagian lemak dan struktur hormon yang terdapat pada Nigella dapat melancarkan air susu ibu. Penelitian ini kemudian dimuat dalam literatur penelitian Potchestroom, tahun 1989.
9. Tambahan nutrisi pada ibu hamil
Pada masa pertumbuhan, anak memerlukan nutrisi untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh secara keseluruhan, terutama pada musim hujan, anak-anak akan mudah terkena flu dan selsema. Kandungan Omega 3, Omega 6 dan Omega 9 yang terdapat pada Nigella merupakan nutrisi yang membantu perkembangan jaringan otak balita dan janin.
10. Meremajakan sel-sel kulit dan menunda proses penuaan
Kulit merupakan salah satu organ tubuh yang penting. Fungsinya melindungi tubuh dari kuman dan sebagainya. Nigella sangat baik untuk menjaga kelembaban, kehalusan, dan keremajaan kulit.
11. Nutrisi bagi makanan tambahan
Kaya dengan kandungan nutrisi sebagai tambahan tenaga, sangat sesuai untuk orang yang berusia lanjut, terutama untuk menjaga daya tahan tubuh dan relativitas sel otak agar tidak cepat nyanyuk. Nigella juga mengandungi 15 jenis asam amino penyusun isi protein termasuk didalamnya 9 asam amino esensial. Asam amino tidak dapat di produksi oleh tubuh dalam jumlah yang cukup, oleh karena itu harus diperolehi dari makanan.