Hidupku Hanya Untuk Mencapai KeredhaanNYA..

Hidupku Hanya Untuk Mencapai KeredhaanNYA..

Wednesday, May 2, 2012

HABBATAUS SAUDA

 

1001 Kelebihan Habbatus sauda

Nigella Sativa, pohon yang darinya dihasilkan minyak Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan yang berbunga secara tahunan. Asalnya tumbuh meliar di negara-negara sekitar Mediterranean dan negara-negara tenggara Asia. Kemudian ia ditanam secara meluas di Afrika utara terutama Mesir, di selatan Eropah di Syria dan sedikit di Asia Tengah seperti Iran dan India, . Tumbuh dengan ketinggian sekitar 20 hingga 50 sentimeter dan berdaun halus dengan kedudukan daun bertentangan. Batangnya berwarna hijau, bulat, berbulu dengan ukuran garis lintang sekitar 2 hingga 5 milimeter, sementara jarak diantara dahan adalah sekitar 2 hingga 5 sentimeter. Dahan bercabang di atas. Berbunga lembut di hujung dahan, selalunya berwarna biru muda dan putih, berukuran garis lintang sekitar 3 sentimeter, jumlah kelopak diantara 5 hingga 10 helai. Tangkai bunga agak panjang dan ia semakin panjang apabila buahnya semakin matang. Berbuah agak besar jenis ‘inflated capsule’ terdiri dari 3 hingga 7 pangsa yang mengandungi sejumlah biji. Bijinya berbentuk segi tiga, berwarna hitam, berbau ‘pungent’ yang agak kuat, mengandungi nisbah minyak yang agak banyak. Bijinya digunakan sebagai rempah dan juga berbagai kegunaan lain dan terakhir paling popular digunakan untuk menghasilkan minyak Habbatus Sauda’. Ia mempunyai rasa ‘pungent bitter’.
HADITH SAHIH TENTANG HABBADUS SAUDA’
Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuhkan segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut”
Riwayat Imam Bukhari.
Daripada Buraidah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda :
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat segala penyakit kecuali mati”.
Riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadith-hadith sahih no. 1819.
Daripada Abu Hurairah, beliau pernah mendengar Rasulullah saw bersabda :
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat bagi segala jenis penyakit kecuali Al-Sam yakni maut”.
Riwayat Bukhari (10:118-119) ; Muslim (7:25) ; Ibnu Majah (2:342) ; Tarmizi (2:3 pada edisi BulaQ) ; dan Ahmad (2:241) menerusi riwayat Sufyan bin ‘Uyainah daripada Al-Zuhri dan Abu Salamah.
HABBATUS SAUDA’ DALAM PERUBATAN MODEN
“ Nigella sativa commonly known as love in the mist a beautiful Middle Eastern Herb with many use” Dr. Micheal Tierra. L.A.C, O.M.D. Pengarang buku Planetary Harbology, Dalam Kanun Perubatan (The Canon of Medicine) Ibnu Sina (980-1037 Masihi) mengatakan bahawa “black cumin adalah bijirin yang sangat merangsang tenaga tubuh dan sangat membantu dalam kelelahan kronik, kehilangan semangat serta memberikan kesan therapeutic pada gangguan pencernaan, penyakit puan, dan sistem pernafasan”.
Sementara itu Al-Biruni (973-1048 Masihi) menegaskan bahawa “black seed” berkemungkinan digunakan sebagai bijirin penuh berzat semasa kurun ke sepuluh dan kesebelas.
Selain itu kehebatan Habbatus Sauda’ turut diperakui oleh cendekiawan silam lainnya seperti Ibnu Qayyim dan Al Baghdadi , disamping ratusan ahli sains dan pakar perubatan moden memperakui keunggulannya. Sebahagian daripada mereka adalah Dr. Basil Ali (dari The College of Medicine at King Faisal University), Dr Haq (dari The Department of Biological and Medical Research Center in Riyadh, Saudi Arabia), Dr. Michael Tierra (Pengarang buku Planetary Herbology), Dr. Peter Schleicher (Immunologist dari Munich), Professor Dr. El-Dakhakny (Pharmacology Department of Medicine, Elexandria University, UAR Egypt), Dr. Nirmal Chakravarty, M.D, Dr. Badr-el-Din dan Dr. Mahfouz, Dr. Ahmed El-Qadi dan Dr. Usama Qandil.
“ Habbatus Sauda’ memiliki peranan yang penting pada pencegahan tumor & kanser. Pada penggunaannya dalam waktu yang lama minyak Habbatus sauda’ memperkuat sistem kekebalan tubuh. Selain itu dapat mempercepat pembelahan sel”. Dr. Stanley Kopok, University of Arizona, USA
” Dengan mengkonsumsi Nigella Sativa dapat melawan kelelahan ”.
” Sebagai tambahan sebaiknya habbatus sauda’ dimakan dengan Royal Jelly dengan perbandingan 2:1 ”.
Dr. Mohammed Saleh, Kairo-Mesir
” Ekstrak habbatus sauda’ memiliki khasiat anti-tumor tanpa kesan sampingan seperti apa yang terjadi pada Chemotherapi dan penyinaran”.
Study of Nigella sativa on humans, University of South Carolina. USA
“ Habbatus sauda’ mempunyai lebih dari 100 bahan aktif dengan berbagai khasiat penyembuhan. Salah satunya adalah impotensi.”
Black Cumin, The Magical Egyptian Herb, Dr. Peter Schleicher, M. D.
Dr.Mohammed Saleh, M.D., Egypt
“ Habbatus sauda’ terbukti memiliki kesan aktiviti anti-histamin, anti-oxidant, anti-biotic, anti -mycotic dan penghambat Bronchitis”.
Study of Black Seed Oil on Humans, American Scientists
“ Kombinasi bahagian lipid dan struktur hormon dalam Nigella Sativa dapat meningkatkan air susu bagi ibu menyusui”
University Pochefstroom
” Terapi baru yang efektif, mudah dicerna dan tidak mahal pada penyakit alergi adalah penggunaan asam lemak tidak jenuh dari minyak biji tanaman, terutama minyak Nigella Sativa”.
Dr. Lutz Bannasch, München - Jerman
” Nigella Sativa mengandungi minyak eter yang dapat membantu pencernaan & mengurangi masalah usus ”.
Prof. Dr. Hildebert Wagner, Institut fur Pharmazeutische Biologie, München - Jerman
” Nigella Sativa mengandung asam lemak tak jenuh, Linoleic & Gammalinolenic yang masuk dalam tubuh. Asam ini memungkinkan untuk pencapaian sintesis yang merupakan sistem kekebalan tubuh yang penting menyebabkan penyakit kronik seperti jerawat dan demam karena alergi, hingga kanser ”. Dr. Peter Schleicher, M. D., Immunologist, Munich Germany

Meningkatkan fungsi kekebalan tubuh ”.
US. Patents Section, Antiviral Agents Bulletin # 5, 482, 711
” Habbatus sauda’ merangsang sumsum di tulang & imuniti sel serta pengeluaran terferon, melindungi sel-sel normal melawan virus perusak sel, melawan sel tumor, dan meningkatkan antibodi yang mengeluarkan sel B”.
Cancer Immuno-biology, South Carolina
” Habbatus sauda’ terbukti menyembuhkan 70 % penderita alergi, termasuk di dalamnya alergi serbuk dan debu juga jerawat, serta neurodermitis ( penyakit kulit), asthma dan lemahnya daya kekebalan tubuh. Mengambil habbatus sauda’ secara teratur dapat menahan secara baik penyakit flu ”.
Dr. Peter Schleicher, Immunologie, München-Jerman
BAGAIMANA HABBATUS SAUDA’ BERPERANAN
Kebanyakan masalah kesihatan manusia ketika ini adalah berpunca dari masalah yang sama, samada infeksi oleh mikro-organisma seperti bacteria, virus, parasit dan kulat. Jika menggunakan pengubatan secara klinikal (ubatan allopatik), setiap kesan atau petanda penyakit akan di rawat secara berasingan, dan selalunya menggunakan ubatan yang di furmulasi secara kimia yang mengandungi alkohol dan beberapa kandungan bahan berbahaya.
Sementara habbatus sauda’ berkesan merawat tubuh secara keseluruhan dan bertindak ke atas punca sebenar penyakit. Habbatus sauda’ menyelaraskan kembali sistem pertahanan tubuh samada tatkala ia terlalu lemah atau ketika keadaannya terlalu kuat. Ia sangat cemerlang dalam merawat penyakit yang berkaitan dengan masalah hormon dan alahan yang kronik. Secara am, kegunaan serta manafaatnya terlalu banyak. Ia membantu sistem metabolisma, memperbaiki sistem pencernaan, menurunkan paras kandungan gula dalam tubuh. Ia akan membantu menyahkan segala cacing dan parasit dari dalam saluran usus. Ia berguna dalam melegakan sakit kerongkong , batuk, asthma, selsema, mengatasi keradangan, memperbaiki dan melancarkan peredaran darah, menambah pengaliran susu badan, membekalkan tenaga segera, menambah jumlah bilangan sperma, menstabilkan sistem tunjang, mengalakkan pertumbuhan rambut sekaligus menghalang keguguran rambut, mengatasi kulit berkedut, menambah ‘tone’ badan, disentri kronik, diabetes mellitus, dan banyak lagi.
Biji Nigella sativa dikenali dengan berbagai nama seperti Habbah elbarakah (Arab), Kalounji, Mungal realael (Hindi), Kezah (Hebrew), Charnushka (Russia), Corek otu siyah (Turki), Siyah daneh (Parsi), Zwiebelsame,Nadella, Schwarzkumm (German), Neidonkuka (Finland), Mustkoomen (Estonia), Karijnigi (Kanada), Czarnuszka siewna (Poland), Nigella (Itali), Graine atau Wagella Cultiree, Cheveuxdevenus, Negelle (Perancis), Svartkummin (Sweden), Niguilla, Pesionara (Sepanyol), Svartkarve (Norway) Juga dikenali sebagai Fennel flower, Black caraway, Nutmeg flower atau Roman coriander (Inggeris). Biasa juga biji buahnya dipanggil sebagai Black cumin, Nigella atau Black seed. Dikalangan orang Mesir dan Syam ia dikenali sebagai Al-Habbatul Barakah, dan bagi Telegu dipannggil Nellajilakaira, Punjabi dipanggil Kalongi, Malayalam dipanggil Karunjiragam, Singhalese dipanggil Kaluduru, Marathi dipanggil Kalonji, Tamin dipanggil Karunjiragam. Di Yaman dan Iran dikenali dengan nama Al-Syuniz, manakala di Algeria dipanggil Sanuj sementara di Moroko dipanggil dengan nama Basdas.
SEJARAH HABBATUS SAUDA’
Dilapurkan bahawa Nigella sativa (black seed) telah di temui di dalam makam Tutankhamen. Penemuan ini telah memberikan gambaran bahwa ia (Nigella sativa) mengambil tempat yang sangat penting dalam kehidupan orang-orang Mesir purba. Sungguhpun kegunaan sebenar Nigella sativa dalam masyarakat Mesir tidak diketahui secara tepat, namun dengan penemuan tersebut kita memaklumi bahawa sesuatu tidak akan dimuatserta kedalam makam diraja jika ia bukan sesuatu yang terpilih dan dipercayaai serta diyakini oleh mereka sebagai sangat berguna dan membantu raja mereka selepas mati.
Dalam sistem Perubatan Greco-Arab/Unani-Tibb yang berasal dari Hippocrates, menganggap black seed sebagai sumber pemulihan dalam gangguan pencernaan dan juga hati. Juga dianggap sebagai perangsang dalam berbagai keadaan tubuh.
Adalah fakta yang tidak benar jika dikatakan bahawa orang Arab mempelajari kegunaannya daripada orang-orang Greeks, kerana sebelum perkembangan Islam di Timur Tengah, tiada terdapat sebarang keterangan dan catitan tentang penggunaannya. Kegunaannya dalam perubatan hanya dicetuskan selepas kebangkitan Islam bermula dari apa yang telah diucapkan oleh Rasulullah saw berbunyi:-
“Sesunguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuhkan segala penyakit kecuali Al-Sam”.
Hadith riwayat Imam Bukhari
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat segala penyakit kecuali mati”.
Hadith daripada Buraidah.
NILAI GIZI MAKAN DALAM HABBATUS SAUDA’
Mengandungi monosaccharides (single molecule sugars) dalam bentuk glucose, rhamnose, xylose, dan arabinose. Ia mengandungi komponen non-starch polysaccharide sumber yang sangat berguna dalam kaedah keperluan pemakanan berserat.
Ia kaya dengan asid lemak, terutamanya asid lemak tak tepu dan asid lemak essential (Asid Linoleic dan Linoleic). Asid lemak essential tidak boleh di keluarkan oleh tubuh, jadi tubuh memerlukannya dari makanan seumpama habbatus sauda’.
Habbatus sauda’ mengandungi lima belas amino acids yang membentuk kandungan lengkap proteinnya termasuk lapan dari sembilan amino asid essential. Asid amino essential tidak boleh di proses guna dalam badan dalam jumlah yang mencukupi, jadi ia boleh didapati dari habbatus sauda’.
Habbatus sauda’ mengandungi Arginine yang mana ia sangat penting bagi pembesaran bayi.
Hasil analisis kimia telah menemukan bahawa habbatus sauda’ mengandungi karotene, yang mana ia kelak akan diubah oleh hati menjadi vitamin A, vitamin yang ketahui bertindak sebagai anti kanser.
Habbatus sauda’ juga merupakan sumber kalsium, sodium, potassium dan zat besi. Walaupun jumlah yang diperlukan oleh tubuh badan hanya sedikit, tetapi kesemuanya berfungsi sebagai faktor sampingan dalam peranan enzyme.
Barokah - Banyak sungguh khasiat dari Jintan Hitam atau Habbatus Sauda ini. Di sini disertakan lagi artikel tentang herba ini. Marilah kita beramal dengan menggunakannya. Ia juga termasuk amalan sunnah dari Rasulullah SAW. Bayangkanlah bagaimana besarnya barokah dan hikmah dari mengamalkan herba ini kerana orang yang paling dikasihi Tuhan pun menyarankannya. Wallah A’lam.
Habbatus Sauda’ (Black Seed) / Habbatus Sauda (Black Cumin) adalah tanaman bunga Fennel dari keluarga Buttercup (Ranunculaceae). Menurut sejarah tanaman herba ini berasal dari Mediterania (terutama di Mesir), yang mana sekarang ini tersebar di kebanyakkan pelusuk dunia, seperti di jazirah Arab (Yaman, Saudi Arabia), Siria, Irak, sebagian Asia Tengah (India, Pakistan), negara-negara Laut Tengah (Yunani, Siprus) dan Amerika.
Habatus Sauda adalah bijian hitam yang telahpun dikenali ribuan tahun yang lalu dan digunakan secara meluasnya oleh masyarakat India dan Timur Tengah untuk mengobati berbagai macam penyakit. Nigella Sativa Semen adalah biji dari Nigella Sativa yang dapat mereproduksi dengan sendirinya, di mana biji-biji tersebut sebelumnya berwarna putih kemudian setelah matang akan berwarna hitam (Nigella).
Habbatus Sauda mula ditemui di makam Tutan- khamen di Yunani Kuno dimana pada saat itu raja-raja dikubur bersama-sama dengan Nigella untuk membantu diakhir hidup- nya, ada juga yang mengatakan bahawa ianya di gunakan sebagai pengawet kepada mayat.. Tanaman perdu ini mengembangbiakkan dirinya sendiri hingga berbunga. Bunganya berwarna ungu kebiru-biruan atau keputih-putihan. Batang bunganya bisa mencapai ketinggian 30-60 cm dan membentuk sebuah kapsul biji (kelopak) yang di dalamnya terdapat biji-biji trigonal berwarna putih. Saat kapsul buah tersebut matang, ia akan membuka dan biji-biji yang ada di dalamnya berubah menjadi hitam warnanya (Black Cumin Seed). Bahagian inilah (biji hitam) yang dimanfaatkan sebagai herba kesehatan, memiliki aroma khas dan bentuknya sama seperti biji bijan, namun berwarna hitam dan berserabut, panjangnya tidak lebih dari 3 mm.
Bijian hitam ini merupakan tumbuhan alami (dengan nama ilmiah Nigella sativa) yang juga dikenal sebagai Biji Samin Hitam. Di Mesir, biji hitam ini dikenal dengan “Seed of Blessing” atau “Blessed Seed” (biji yang diberkahi) kerana biji ini juga baik untuk berbagai macam keperluan. Ia juga dikenal sebagai “Black Cumin” dalam Bahasa Inggris. Di kalangan orang Melayu ia dipanggil Jintan Hitam.
Di kebanyakkan Negara-negara Arab, Habbatus Sauda digunakan didalam pelbagai jenis masakkan, seperti dalam pembuatan roti dan sebagainya.
Habbatus Sauda ( Nigella sativa) lebih tepat dikenal sebagai “Blessed Seed” (biji yang diberkati) karena dianggap sebagai salah satu jenis tumbuh-tumbuhan ubat yang terbaik di semua zaman. Ini adalah suatu ubat yang sempurna yang dipergunakan di seluruh zaman untuk mengatasi berbagai masaalah yang berhubungan-kait dengan kesihatan yang antara lainnya: pernafasan, kulit, perut dan masalah usus, ginjal & fungsi hati, peredaran darah dan ketahanann terhadap kekebalan tubuh, serta untuk memelihara dan meningkatkan bagi keseluruhan kesihatan.
Ahli Perubatan Yunani Kuno, Discoredes, pada abad yang pertama telah mencatatkan bahawa Nigella Sativa telah di gunakan untuk mengubati sakit kepala, saluran pernafasan, sakit gigi dan cacing di dalam usus.
Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.
Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.
Kelebihan Habbatus Sauda.
Al Bukhary meriwayatkan dari Aisyah r.anha bahwa dia pernah mendengar Rasulullah saw bersabda : “ Sesungguhnya di dalam Habbatus sauda’ terkandung kesembuhan untuk segala penyakit, kecuali as sam. Aku bertanya, “Apakah as sam itu?” Beliau menjawab, “Maut”
Dalam riwayat Muslim disebutkan : “Tidak ada satupun penyakit melainkan di dalam habbatus sauda’ terdapat kesembuhan baginya, kecuali kematian.”
Habbatus Sauda membantu memperkuat metabolisma, pencernaan dan menurunkan tingkat kadar gula dalam darah. Tumbuh-tumbuhan ini juga berguna dalam pengobatan diabetes militus. Dalam masalah pencernaan, Habbatus Sauda membantu merangsang cairan empedu dan mendorong sirkulasi (darah), memperbaiki pencernaan dan telah digunakan untuk melawan cacing dna parasit pada saluran usus.
Habbatus Sauda merupakan jamu yang unggul yang memiliki banyak manfaat terutama bila untuk pemeliharaan sistem kekebalan yang kuat dan sehat. Habbatus Sauda ini pun sangat berguna untuk mereka yang menderita asma dan gangguan saluran pernapasan, sistem kekebalan yang lemah dan yang terlalu dirangsang, gangguan ginjal atau liver, gangguan pencernaan dan perut, keluhan encok dan peredaran darah, alergi, demam dan jerawat.
Habbatus Sauda merupakan jamu yang aman dan manjur yang dapat digunakan oleh setiap orang. Bahan ini tidak memiliki efek samping dan memiliki sejarah panjang tentang penggunaannya selama beberapa ratusan tahun.
Di dalam Kitab At Tibbun Nabawi (Pengobatan Cara Nabi yang ditulis oleh Ibnu Qayyim AlJauziyah ). Habbatus Saudah yang dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barakah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda dapat mengobati sekitar 50 macam penyakit tanpa kesan samping. Subhaanallah.
Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat. Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.
Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).
MANFAAT HABBATUS SAUDA
1. Menguatkan sistem kekebalan
Berdasarkan hasil penilitian, jintan hitam dapat meningkatkan jumlah cells T, yang baik untuk meningkatkan sel-sel pembunuh alami. Keberkesanannya hingga 72% jika dibandingkan dengan plasebo (hanya 7%). Dr. Basil Ali dan rakannyanya dari College of Medicine, di Universitas King Faisal, menerangkanannya dalam jurnal Pharmasetik Saudi.
Keampuhan ekstrak Nigella diakui oleh Prof. G Reitmuller, Direktur Institut Immonologi dari Universitas Munich, dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan dapat digunakan sebagai bioregulator. Dengan demikian, Nigella dapat dijadikan ubat untuk penyakit yang menyerang kekebalan tubuh seperti kanser dan AIDS.
2. Meningkatkan daya ingat, konsentrasi dan kewaspadaan
Dengan kandungan asam linoleat (Omega 6) dan asam linolenat (Omega 3), Nigella merupakan nutrisi bagi sel otak yang berguna untuk meningkatkan daya ingat dan kecerdasan. Nigella juga memperbaiki mikro (peredaran darah) keotak dan sangat cocok diberikan pada anak usia pertumbuhan dan lansia.
3. Meningkatkan daya ketahanan hormon
Hormon adalah zat aktif yang dihasilkan oleh kelenjar endoktrin, yang masuk dalam peredaran darah. Dalam tubuh manusia terdapat berbagai jenis hormon, di antaranya hormon reproduksi yang berhubungan dengan gairah seksual. Salah satu kandungan Nigella adalah setrol yang berfungsi sintesa dan bioaktivitas hormon.
4. Meneutralkan racun dalam tubuh
Racun dapat mengganggu metabolisme dan menurunkan fungsi organ penting seperti hati, paru-paru dan otak. Gejala ringan keracunan dapat berupa diare, muntah, pusing, gangguan pernapasan dan menurunkan daya konsentrasi. Nigella mengandungi saponin yang dapat meneutralkan dan membersihkan racun dalam tubuh.
Selain menjelaskan khasiat-khasiat dari Habbatus Sauda’ lebih lanjut, pada bagian kedua ini juga terdapat penutup yang membahas Habbatus Sauda’ dari sisi lain yang patut untuk dijadikan bahan renungan karena ia merupakan salah satu contoh dari untaian hikmah terhadap apa-apa yang datang dari Allah dan tasul-Nya.
5. Mengatasi gangguan tidur dan stress
Sapion terdapat pada Nigella mempunyai fungsi seperti kortikosteroid yang dapat mempengaruhi karbohidrat, protein dan lemak serta mempengaruhi fungsi jantung, ginjal, otot tubuh, dan syaraf. Sapion berfungsi untuk mempertahankan diri dari perubahan lingkungan, gangguan tidur dan dapat menghilangkan stress.
6. Anti histamin
Histamin adalah sebuah zat yang dilepaskan oleh jaringan tubuh yang memberikan reaksi alergi seperti pada asma bronchial. Minyak yang dibuat dari Nigella dapat mengisolasi dithymoquinone, minyak ini sering disebut nigellone yang berasal dari Volatile Nigella. Pemberian minyak ini kesannya positif terhadap penderita asma bronchial. Penelitian yang dilakukan oleh Nirmal Chakravaty MD pada tahun 1993, membuktikan kristal dari negellone memberi kesan yang suppressive. Kristal-kristal ini dapat menghambat protemkinase C, sebuah zat yang memicu pelepasan histamin.
Penelitian lain juga membuktikan hal serupa. Kali ini dilakukan oleh Dr. Med. Peter Schleincher, ahli immonologi dari Universitas Munich ia melakukan pengujian terhadap 600 orang yang menderita alergi. Hasilnya cukup meyakinkan, 70% yang menderita alergi terhadap debu, serbuk, jerawat, dan asma sembuh setelah diberi minyak Nigella. Dalam praktiknya, DR. Schleincher memberi resep Nigella ke pasiennya yang menderita influenza.
7. Memperbaiki saluran pencernaan dan anti bakteri
Nigella mengandungi minyak atsii dan minyak volatil yang telah diketahui manfaatnya untuk memperbaiki pencernaan. Secara tradisional minyak atsiri digunakan untuk ubat diare. Pada tahun 1992, Jurnal Farmasi Pakistan memuat hasil penelitian yang membuktikan volatile lebih kuat untuk membunuh strain bakteri V Cholera dan E Coli dibandingkan dengan anti biotik seperti ampicillin dan tetrasiklin.
8. Melancarkan air susu ibu
Koordinasi bahagian lemak dan struktur hormon yang terdapat pada Nigella dapat melancarkan air susu ibu. Penelitian ini kemudian dimuat dalam literatur penelitian Potchestroom, tahun 1989.
9. Tambahan nutrisi pada ibu hamil
Pada masa pertumbuhan, anak memerlukan nutrisi untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh secara keseluruhan, terutama pada musim hujan, anak-anak akan mudah terkena flu dan selsema. Kandungan Omega 3, Omega 6 dan Omega 9 yang terdapat pada Nigella merupakan nutrisi yang membantu perkembangan jaringan otak balita dan janin.
10. Meremajakan sel-sel kulit dan menunda proses penuaan
Kulit merupakan salah satu organ tubuh yang penting. Fungsinya melindungi tubuh dari kuman dan sebagainya. Nigella sangat baik untuk menjaga kelembaban, kehalusan, dan keremajaan kulit.
11. Nutrisi bagi makanan tambahan
Kaya dengan kandungan nutrisi sebagai tambahan tenaga, sangat sesuai untuk orang yang berusia lanjut, terutama untuk menjaga daya tahan tubuh dan relativitas sel otak agar tidak cepat nyanyuk. Nigella juga mengandungi 15 jenis asam amino penyusun isi protein termasuk didalamnya 9 asam amino esensial. Asam amino tidak dapat di produksi oleh tubuh dalam jumlah yang cukup, oleh karena itu harus diperolehi dari makanan.

No comments:

Post a Comment