Hidupku Hanya Untuk Mencapai KeredhaanNYA..

Hidupku Hanya Untuk Mencapai KeredhaanNYA..

Thursday, May 10, 2012

Kahwin??



Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam[1]. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.

Ha..
Berdasarkan makna di atas apa korang fikir bila cerita pasal kahwin dan nikah??
Mesti korang pelikkan nape aq cerita bab kahwin nih..
Hehe..mesti nak cakap aq GATAL n MIANG lah tu..
Mana ada.. Impian nak kahwin tu memag ada.. Tak salah an.. Lgpun sunnah..:)
Dgan kahwin boleh elak zina mata, lidah, tangan.. Yg paling bhya zina hati.. Yela bila kita rindu kat org tuh pun dh jd zina hati.. Bhya kn? Yela, fitrh mnusia, bila sygkn seseorg, sukekn seseorg, mstila rindu kalau lme dh tk bersua..
Tp Islam ada jalan penyelesaiannya.. :).. Islam itukan agama yg shumul(sempurna)..
Terpulang kpd indvdu nk pilih yg mana.. :)
Dan di sini nak aq kongsikan hal yang sekarang tengah hangat di bicarakan dalam kalangan remaja yg sedang menuntut di mana2 IPTA or tk kishla ..IPTA ke tk an.. Iaitu.. KHITBAH..
Meh sini aq kongsikan maksud khitbah.. Bukan aq lah yang mengistilahkan, aq dapat info ni pun dari blog..
Just berkongsi apa yg aq tahu..
Sharing is caring right? :)

Khitbah
Secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian ber’coupling’ berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan.
Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung” (bunyinya amat mengerikan?).
Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan pemuda pemudi kita hatta yang janda, duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.
Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja. Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa tidak akan bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kerosakan moral telah menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh media massa mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.
Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.
Saya sedang berusaha untuk menghidupkan kembali ‘nikah gantung’ ini dengan panggilan baru iaitu ‘nikah khitbah’, walaupun menghadapi sedikit masalah penerimaan. Ia semata-mata bertujuan untuk mengelakkan perkara maksiat yang boleh berlaku seperti berhubungan melalui telefon (melepas rindu dendam melalui telefon, sms, chatting, facebook, dll), bertemu antara pasangan walaupun ada mahram (tetap akan berlaku bertentang mata dan apa sahaja yang boleh menjadi muqaddimah kepada zina mata, tangan, hati dll.) Saya sendiri bernikah gantung (nikah khitbah) pada 7/7/1979 iaitu 6 bulan sebelum majlis kenduri. Dengan tiket nikah saya tiada masalah untuk menemui isteri atau keluar bersama-sama (ber’couple’) kerana dah disahkan sebagai suami isteri (gantung – sebab tidak duduk serumah) yg lebih menepati khitbah secara Islam. Malah dengan tiket nikah itu membuatkan saya merasai beban amanah sebagai suami meskipun kami tidak serumah sementara menunggu majlis kenduri pada bulan Disember 1979. Saya mahu menjadi ibubapa yg awal pada zaman moden yang penuh kecelaruan dengan menjadikan nikah khitbah dipraktikkan oleh anak-anak saya yang belum berkahwin, insyaAllah doakan!!
Artikel oleh: Ustaz Hashim Al-Maranji

Ha.. So dh faham apa itu khitbah?
Senang kata aq ringkaskan lah, adat kat Malaysia nih, kita bertunang (gantung nikah), kalau kat negara lain cam Arab khitbah (nikah gantung).. So mana yang safety? Of course lah khitbah right?
Andai kata kita terlanjur ke apa, tak lah di panggil berzina, tp kalu tunang terlnjur? Ha? cmne tu? Padah kan??.. So tepuk dada tanya iman..:)

And aq nak share lah pasal perbualan aq ngan mak aq..
Pasal khwin.. hehe..
Perbualan ni terjadi dalam kereta selepas aq SPM.. (mentang2 dh hbs sekolah, brni nk tnye pasal khwin, haha)
Sperti yg kawan2 rapat aq thula, mak aq nih sensitif sikit kalau bab2 llki nih..
Memag tegasla bab2 pgaulan aq dgan lelaki.. Tp bgusla kn, mak mana tk risau pasal anak dia..
Lebih2 lg perempuan an.. Lg lah risau.. Ok.. Perbualan bermula..
Me: Mak.. Nak tanya leh?
Mak: Ape?
Me: Kat sekolah, kan orang tkleh ada someone special,nanti kat U pun tkleh, ti orang dh hbis U blh tak kalu org ada? Mksudnye, khwin?
Mak: Ha? Nape tnye cmtu? (sambil tersengih2)hihi
Me: Takdela, orang tanya, takut jadi andalusia ti.. hehe..
Mak: Bolehla, ti dh hbs belajar, nk khwin, khwinla.. Nih kamu tnya nih, dah ada calon ke?
Me: Ha??? CALON? hmm. eh, tkdela..org tnye je..(sambil tersipu2 malu) tkyh nk mlu sgtla an, miang! haha
Whatever it is, panjang umurku, murah rezkiku, ada jodohku, khwinlah aq.. Hihi..
Biar DIA yang aturkan  Bru sweet kn?
Hihi..
Kpd kawan2 yang dh bersedia untuk menjadi seorang isteri, i wish gudluck and happy with ur new life..
Kpd kawan2ku and kepada aq sndri yg memang rse blum cukup umur..Haha.. N SANGAT2 tak prepare tuk jd wife orang, nilah sebab2 kenapa tk leh tuk jd BINI orang lg.. hihi..

Sebab-sebab tk layak: (alasan aqla, tkde trlibat ngn yg hdup n mati)
~ Tak berapa hebat nak masak, goreng ikan pun mcm ape jeh, takut kene percikan minyak,haha..ckit2 lari dri kuali ..haha
~ Bangun pagi sabtu ahad, mcm tk brapa nak awal,haha..kalu khwin, kebulur suami tggu bekfes..haha..
~ Degil and kira nak menang je, kalau dh bersuami, tak pasal derhaka..mlwan je kojenye..
~ Ilmu di dada masih cetek..aiceyyh..tkleh blah..
~ Paling pentig, mak aq tak bg aq khwin selagi tkde degree.. Jgn nk mnggatai ye NurFatinNAbilah.. :)
~ Last but not least, aq nak study dulu and bg degree kat mak aq sbg tanda pghargaan aq pd mak aq atas sgla pgorbnn die.. Wlupn aq thu memg tk trbayr jasa n pgorbanan mak n ayah.. :)

Ok aq sdiakan video klip Kasih Kekasih.. :)


No comments:

Post a Comment