Hidupku Hanya Untuk Mencapai KeredhaanNYA..

Hidupku Hanya Untuk Mencapai KeredhaanNYA..

Wednesday, June 13, 2012

Mencegah lebih baik daripada merawat

Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat
ISLAM..
Sebuah agama yang sangat sempurna, lengkap, mencakupi semua aspek dan sesuai pada setiap arus pembangunan. Tidak mampu diungkap betapa pencipta sekalian alam ini amat-amat menyayangi hamba-hambaNYA..Khuatir jika hamba-hambaNYA ditimpa pelbagai kemudharatan.
Pasti sahabat-sahabat pelik apa yang saya cuba ingin kaitkan ISLAM dengan tajuk “Mencegah Lebih BAik dari Merawat”. Di sini saya ingin berkongsi pendapat tentang ISLAM. Walaupun sejak azali lagi sy memang dilahirkan dalam keluarga ISLAM, namun saya msih tercari-cari nur NYA. Sememangnya itulah tanggungjawab kita semua sebagai makhlukNYA. Bukan hanya menunggu untuk mendapat nur tersebut tanpa sebarang usaha, kerana tidak semua orang bertuah dan terpillh untuk memiliki hidayahNYA tanpa sedar.
Sepanjang 18 tahun saya di muka bumi ini, baru saya sedar kenapa begitu banyaknya perintah dan larangan yang telah ditetapkan dalam undang-undang ISLAM. Kadang-kadang saya tercari-cari jawapannya, mengapa dan mengapa. Dan akhirnya pencarian saya tidak sia-sia. Sesungguhnya ISLAM adalah agama Mencegah Lebih Baik Dari Merawat bukan “Dah terhantuk baru nak terngadah”.
Di sini akan saya kemukakakan beberapa larangan di dalam ISLAM dan hikmah di sebalik larangan tersebut. Pasti bila dihayati betul-betul terasa akan keindahannya.


1.       Pengharaman babi.
إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ
“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang (yang ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah.” (QS. Al Baqarah: 173)
Berdasarkan firman Allah di atas jelas di nyatakan tentang pegharaman babi.
Ingin tahu kenapa?
Tidak perlu disangkalkan lagi. Hal ini terbukti dengan beberapa kajian saintifik yang telah dijalankan oleh para saintis. Pertama boleh kita buktikan dengan sejarah penyakit bawaan khinzir yang telah menelan beribu-ribu nyawa.

~ Sejarah Tragedi Penyakit Bawaan Khinzir ~
 Pada tahun 1918 virus Influenza telah membunuh lebih daripada 20 juta manusia di seluruh dunia. Dan ada juga yang menganggarkan lebih 40 juta yang menjadi mangsa. Antara sebabnya apabila dibuat kajian ialah kuman-kuman ini sebenarnya datang dari babi-babi di Amerika, yang menjangkiti tentera-tentera Amerika pada Perang Dunia I. Dan tentera-tentera ini seterusnya membawa wabak ini ke merata tempat di pelbagai negara di seluruh dunia.
Dikatakan jumlah kematian berlaku dalam tempoh yang singkat dan wabak ini pada ketika itu adalah antara wabak yang membawa kematian yang cukup besar jika dibandingkan dengan lain-lain wabak penyakit moden pada masa itu. Dan setelah dibuat kajian terperinci, ternyata punca wabak ini adalah daripada kuman virus yang datangnya daripada babi. (source: The Civil Aboliotionist, New Pig Virus Capable of Infecting Human, New York, 1998 )
 Pada tahun 1957 satu wabak yang dinamakan sebagai Asian Flu dan juga wabak yang menyerang Hong Kong pada tahun 1968 adalah berkemungkinan berpunca daripada binatang ternakan, sebelum ianya menjangkiti babi. Di dalama babi pula, virus ini berubah kepada bentuk yang lebih berbahaya, sebelum ianya menjangkiti manusia. wabak-wabak ini telah meragut nyawa lebih 2 juta orang. (source: Sun 26 Mac 2000, The 1918 Flu Pandemic: What Have We Learned From This?
Jawapan kepada soalan ini telah dijawab oleh Alex Fano, pengarang sebuah buku terkenal Lethal Laws – Animal Testing, Human Health and Environmental Policy. Beliau juga adalah Pengarah Medical Research Modernisation Committee. Di dalam buku tersebut, beliau telah mengesahkan, kuman-kuman virus daripada babi ini mampu berubah dan menjadi lebih berbahaya atau mutations, daripada semasa ke semasa.
Manakala di sekitar tahun 50an pula, kita dikejutkan dengan cacing trichina daripada babi yang menjadi penyebab kepada penyakit trichinusis. Tidak ada ubat yang boleh mennyembuhkannya pada ketika itu. Dan oleh kerana itu, satu amaran telah dikeluarkan di Amerika tentang bahaya memakan daging babi. Amaran tersebut telah dikeluarkan di Washington Post bertarikh 31 Mei 1952 dan dikeluarkan oleh Dr. Glen Shepard. [Source : Washington Post , 31 Mei 1952 ]
# Selepas membaca artikel ini, masih adakah yang ingin menyangkal tentang pengharaman babi di dalam ISLAM? Baiklah, kita teruskan lagi dengan informasi berkaitan dengan variasi virus yang wujud di dalam daging babi.
Virus-virus daging babi
 Di dalam Journal of Virology 1997, dilaporkan kajian yang dilakukan oleh 12 orang pakar-pakar sains yang diketuai oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka, dari Universiti Wisconsin. Pertemuan mereka jelas menunjukkan, pada kerongkong babi ada sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagai kuman virus kepada bentuk yang berbahaya kepada manusia. Saintis- saintis menganggap babi sebagai mixing vessel atau ‘tempat pelbagai kuman dikumpulkan untuk diubah kepada bentuk yang berbahaya’.
Di dalam BBC News pula, pada 29 Oktober 1999, telah memfokuskan penemuan para saintis yang menunjukkan, virus babi menjadi punca berlakunya wabak-wabak yang paling teruk di dalam sejarah dunia perubatan moden pada tahun 1918. Saintis-saintis mendapati wabak-wabak yang menyerang Hong Kong pada tahun 1968 juga berpunca daripada virus babi.
Mengikut kajian itu juga, virus binatang yang biasanya tak menjangkiti manusia bertukar menjadi kuman yang berbahaya yang menjangkiti manusia, selepas memasuki sel-sel di dalam babi ini. Penemuan ini mampu memberi jawapan kepada punca empat wabak penyakit demam selsema flu yang menyerang dan membunuh jutaan manusia pada abad ke 20.
Penyakit-penyakit ini bermula dengan serangan Spanish flu pada 1918, diikuti Asian flu pada tahun 1957 dan Hong Kong flu pada 1968 dan Russian flu pada 1977. Kajian-kajian oleh saintis ini menunjukkan kuman-kuman pembunuh ini dikeluarkan oleh babi sebelum menjangkiti manusia sejagat, terutamanya pada tahun 1918. [ source: Centres For Disease Control & Prevention, Pandemic Influenza, USA 2000]
 Menurut Dr. Virginia Hinshaw pula, Dekan di Graduate School University Wisconsin-Madison, virus sentiasa berubah kepada bentuk lain dan babi merupakan suatu takungan yang mampu mengubah virus flu kepada bentuk yang lain dan sistem pertahanan manusia tidak mampu untuk menangkis daripada serangan-serangan ini. [Source: Your Health, Flu Fighters, Research for University of Wisconsin-Madison,
Pada bulan November 1997 pula, Dr. Robinson Weiss daripada Chester Beatty Laboratory, London mengesahkan kewujudan virus PERVS di dalam babi dan ini menyebabkan Kerajaan British mengharamkan kesemua aktiviti pembedahan pemindahan alat/organ daripada babi kepada manusia.
Sebelum itu pada bulan Ogos 1997 pula, saintis-saintis dari Australia telah menemui satu lagi virus dari binatang ini. Ia amat bahaya kepada manusia dan belum pernah ditemui dan dikenali sebagai virus menangle daripada kumpulan paramyxovirus. [Source: Mercola. com, New Pig Virus Can Infect Human, Dr. Joseph Merola, 1998]


Seterusnya ingin saya kemukakan tentang pengharaman arak dan hikmah pengharaman.
Firman Allah :
•Ayat 90, surah al-Maidah.

“Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan."

Mengapa arak diharamkan? Bukan ke arak tu menyeronokkan? Boleh hilang tension?
Pelbagai soalan yang di kemukakan oleh remaja zaman sekarang yang suka mempertikaikan kenapa arak di haramkan. Mereka lebih mengagungkan budaya barat sedangkan tidak pernah sedar budaya dan syariat ISLAM itu lebih selamat.

Inilah antara hikmah pengharaman arak.
Semoga dengan maklumat tentang pelbagai bukti dari kajian saintifik mengukuhkan lagi hikmah pengharaman arak. Hal ini bertepatan dengan konsep manusia zaman sekarang yang sentiasa inginkan bukti dan hujah bagi setiap perkara.

1 comment: