Hidupku Hanya Untuk Mencapai KeredhaanNYA..

Hidupku Hanya Untuk Mencapai KeredhaanNYA..

Thursday, December 27, 2012

Tawakal Itu Indah

Assalamualaikum.. Ni hao.. Kai fal haal??





Setelah berkurun lama tidak mengepost..
Ana Nur Fatin Nabilah dengan keterujaan ingin meng update post..
Kisahnya begini....

Peristiwa pertama : Thumbdrive ku hilang
Dah tukar pengganti diri.. Pakai ana ehh..:)
Cerita nya begini.. Satu malam ni aku tengah kemas2 bilikku ku yang usang di AMK(AlMalikKhalid).. Kemas punya kemas, teringat la pasal assignment. Macam biasa assignment yang tercinta mesti di save kan di thumbdrive kan?? Ataupun adik beradik dengannya seperti pendrive,hard disk and so on la..N then suddenly ana rasa sangat gelabah.. Cari punya cari tak jumpa.. Gelabah punya pasal sampai bawa ke waktu nak tidur.. Tapi, time nak tidur tu, ana cakap dengan diri ana "Ana tawakal padaNYA, n kalu ada jodoh, ana akan jumpa gak thumbdrive ana". Lepas tu baru ana boleh tidor. Dan keesokan paginya, ana bersiap tuk ke kuliah, dan tetiba hati ana tergerak nak tengok bakul kain ana. Jeng3! Thumbdrive ana!!! Alhamdulillah.. Jumpa juga ana punya thumbdrive.. Lega dan sangat syukur.. Dahla ada macam perkara dalam thumbdrive uh..

Peristiwa kedua : Hilang IC dalam airbus
Berlaku semasa ana nak pulang ke rumah..(HOME SWEET HOME).. Flight patutnya berlepas pukul 3 petang tapi delay sampai 3.40. So, tunggulah. Kesabaran di uji.. Hehehe.. Akhirnye pukul 3.30 ada announcement from receptionist kata boleh beratur untuk masuk. Seperti biasa, harus keluarkan IC untuk confirmation. Time tu agak rushing, semua berebut nak masuk. Padahal boleh je beratur. Hmm. Tak faham. So, bila dah masuk pesawat, ana pun letak IC ana sementara dekat atas sit. Ana sit 6A, ana letak atas sit 6C. Sebab nak angkat beg yang berat untuk letak atas cabin. Lepas tu tak sampai beberapa saat, ana tengok balik IC ana dah tak ada atas sit. Gelabah lagi lah si NurFatinNabilah nih.. Hadoooii.. Kesian penumpang yang duduk sebelah ana. Dia serba salah pulak. Sampai tertunduk2 dia cari.. Last2 ana pun cool je. Malas nak fikir. Dalam hati ana kata adalah hikmah nya tu. Ikutlah, kalau nak hilang, hilanglah. So, ana pun berserah je dekat DIA. Setelah sejam, sampailah ke destinasi. Ana orang terakhir keluar dari pesawat sebab nak cari IC kat sit tadi. Sampai pramugari tu kata tak ada, dia dah cari. Tapi yang bagusnya dia pergi cari kat tempat yang ana tak mention. Ana ingat lah IC ana jatuh kat mana. Boleh pulak dia kata mesti jatuh time kat airport Sultan Ismail Petra. Malaslah nak gaduh an. Sebab salah ana. Cuai. Ana pun keluar lah dari pesawat . Tapi on the way nak keluar ana sorang pramugari ni tanya, "Have u find ur IC?" ana pun geleng lah kepala. Tapi baik pramugari tu. Dia cakap "Wait, let me find". Pastu ana pun turunlah dari pesawat dengan hati yang pasrah. Betul2 je tangga yang terakhir, pramugari yang salah cari tempat tadi panggil ana, dia tunjuk kad warna biru.
SubhanAllah.. IC ku.. :).. Bersyukur sangat.. Sesungguhnya tawakal dan keyakinan terhadap Allah itu sangat menakjubkan.. Tiada yang mustahil. Dan pesanan untuk diri, tak perlu risau kehilangan perkara2 yang duniawi, andai kita dah usaha,tapi tak jumpa jalannya, jangan khuatir, DIA ada bagi memudahkan kita..

SubhanAllah..:)
Moga kepada yang pernah mengalami macam ana juga, merasai apa yang ana rasakan..
Tak mampu diungkap dengan mata pena sekalipun..

4 comments:

  1. terkedu. kagum dengan keindahan tawakal itu :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda terkedu saya lagi tak mampu berkata apa2 saat mengenangkan kembali..huhu

      Delete
  2. fatin nabilah ...rindu awwwaaakkk...huhu <3

    ReplyDelete