Hidupku Hanya Untuk Mencapai KeredhaanNYA..

Hidupku Hanya Untuk Mencapai KeredhaanNYA..

Sunday, May 19, 2013

You make me perfect mum!

You make me perfect mum!



Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt  kerana masih di beri kekuatan untuk terus meneruskan perjuangan di bumi NYA ini..
Di kesempatan ini ana nak mengupdate blog yang dah agak berdebu ni..
Entah kenapa entri kali ini ana nak cerita tentang mak ana..
Insan yang melahirkan,mentarbiyah dan menjaga ana dengan penuh kasih sayang kerana Allah taala..
Baru-baru ini ramai yang mengucapkan Selamat Hari Ibu bila tiba bulan Mei... Ana tidak faham kenapa dan mengapa adanya hari-hari yang tertentu untuk kita ucapkan terima kasih,xie xie, syukran,thank you kepada ibu kita. Sedangkan setiap masa kita boleh buat perkara yang sama.
Sehinggakan ada penceramah-penceramah yang berkata sayang ibu bukan hanya satu hari setahun..
Setiap saat kita perlu menghulurkan khidmat kita kepada ibu dan bapa kita saat mereka memerlukan..
Bukan hanya bila ada HARI IBU atau HARI BAPA. Walhal dalam alquran dan hadith Rasulullah tak pernah ditetapkan tarikh2 bila nak sayang ibu bila nak sayang ayah..
Mungkin ada sebilangan individu yang masih tidak mengerti..
Moga disini ada sedikit pencerahan yang boleh membantu antum.
First of all..
Kenapa ana cakap dan buat statement yang ibu ana buat ana menjadi insan yang sempurna?
Kerana ibu ana pengantara antara ana dan Allah agar ana menjadi insan yang lebih baik dari semasa ke semasa..
Terima kasih Allah atas anugerah mu dengan mengurniakan seorang ibu yang sangat baik dan hebat buat diriku.. Ibu ana di dunia dan diakhirat..
Ibu ana seorang yang tegas tetapi sangat penyayang..
Ketegasannya membuat ana jadi MANUSIA.. Dan muslimah yang baik,InshaAllah..
Sejak kecil ana selalu terasa dikongkong.. Sangat2 dikongkong..
Bermula Form 1 ana dah memiliki sebuah telefon bimbit sendiri.
Disebabkan kejakunan yang melanda ana gunakan handphone tanpa had sehingga mengganggu waktu rehat dan belajar  ana..
Bermula tingkatan 2 ibu ana mengambil tindakan tegas dengan mengawal penggunaan handphone ana..
Dalam seminggu hanya satu hari sahaja ana diberi peluang untuk memegang dan melihat handphone ana..
Macam asrama kan??
Hihi..
Ana rasa sangat tertekan pada mulanya tapi alhamdulillah lama kelamaan sudah selesa.. Dan ana rasa banyak hikmahnya..
Result exam pun meningkat.. Meningkat yang mendadak dan waktu tidur ana pun tidak terganggu..
Bermula form 3 kawan-kawan ana sibuk dengan internet myspace dan fb..
Ana pun sebagai remaja yang mentah mesti ingin merasai hal yang sama..
TAPI, ana hanya boleh online di sekolah sahaja walaupun dirumah ada kemudahan internet..
Ibu ana mengawal had penggunaan internet demi kemaslahatan ana..
Ana rasa sangat stress dan ingin memberontak..ARGH! Semua tak boleh,orang lain bebas je nak buat apa sahaja..Hmm..
Namun tanpa ana sedari besar hikmahnya.. Mengapa ibu ana melarang itu, melarang ini..
Cuma kita fikirkan sejenak, jika penggunaan internet dan handphone ana tidak dikawal mampu kah ana jadi macam sekarang? Dan inilah antara sebab kenapa ana tidak hairan pun untuk menjejakkan kaki ke SBP atau mana2 sekolah yang berasrama.. Sebab dengan ibu ana dah cukup untuk ana merasakan tarbiyah walaupun tak sehebat sekolah2 maahad,agama dan sebagainya.
Dari aspek keluar outing dengan kawan-kawan pulak ibu ana menetapkan "NO BOYS" and "NO WAYANG2".. Alhamdulillah kawan2 ana faham dengan syarat2 yang ditetapkan..
Dan kini setelah tamat zaman persekolahan selepas dapatnya result ana rasa berbaloi dengan result ana kerana telah berjaya membuatkan ibu ana tersenyum bahagia walaupun result ana tak sehebat yang lain2 yang banyak A plus2.. :)
Dan alhamdulillah rezki ana ,ana sedang menyambung pelajaran di Universiti Malaya kos Pengajian Islam dengan Sains.
Tarbiyah ibu ana tidak berhenti di zaman persekolahan..
Tiba di zaman Universiti saat ana pulang ke rumah.. Ibu ana akan perhatikan gerak geri ana..
Pukul berapa bangun, dah study ke belom.. Dan yang paling merisaukan, ibu ana akan sentiasa melihat cara ana siapkan makanan, buat air ,masak dan sebagainya..
Sebagai contoh, kalau ana buat air milo, ibu akan pastikan milo,susu dan gula berada di tempat asal..
Ana ni jenis yang ambil tak peduli. Ana rasa hal2 camni sangat remeh. Tapi bagi ibu ana ianya sangat penting.. bayangkan, kalau hal2 remeh camnipun ana takleh nak wat dengan perfect ,hal2 yang lagi besar n penting bagaimana pulak an?? Secara tidak langsung mendidik ana jadi insan yang teliti dalam setiap hal..:)
Mungkin saat membaca entri ni sahabt2 akan rasa ana nih sangat2 tak reti nak susun atur hal sendiri.
Kan3?? Yup..Memang betul.. Tapi Allah anugerahkan ana ibu yang sangat membantu ana dalam mengatur hidup menjadi lebih baik.
Dan sebelum terlupa waktu SPM result trial add maths ana sangat teruk..
Dan ibu ana dapat tahu dan ibu ana yang mencadangkan apa yang ana perlu buat dalam masa yang berbaki lagi 2 minggu nak SPM untuk improve..
Dan dengan keajaiban dan rezki dari Allah ana punya result add maths SPM sebenar sangat2 meningkat.. Dari C ana dapat A-.(Bukan nak bangga, hanya nak gtau impak yang terjadi, bukan A+ pun kn,hehe,sahabat2 lg terror)

Thank you mum..
You are the best thing i had in my life..
Walaupun anak mak ni selalu je wat mak risau dan nakal kadang2,tapi mak sentiasa sabar..
And the most important thank you to Allah for EVERYTHING!
Last but not least, everybody let's say ALHAMDULILLAH!!
^_^


2 comments:

  1. sweeet sgt.. my mum pun lebih kurang lah jugakk hehe...tp kte nakal sikit..byk kali jgk memberontak..hehe .. :D

    ReplyDelete
  2. hehe..biasalah..remaja an..bila dah tua2 nih bru sedar hikmahnye..hehe..TUA la sgt~~hihi

    ReplyDelete