Hidupku Hanya Untuk Mencapai KeredhaanNYA..

Hidupku Hanya Untuk Mencapai KeredhaanNYA..

Wednesday, May 2, 2012

Pergigian..:)

Kerjaya di bidang pergigian 


Pergigian adalah satu cabang perubatan yang kini semakin di minati. Ia sangat laris kini. Namun semasa zaman 90an, kerjaya ini agak baru dan masih tidak diketahui umum. Ramai anak muda kita, yang mendapat keputusan cemerlang memilih untuk mengikuti program perubatan di dalam mahupun di luar negara. Sama lah seperti saya, keinginan memang kearah perubatan, kerana pada sekitar tahun 90an, tidak banyak pendedahan diberikan oleh cikgu di sekolah, atau maklumat di media atau di dada akhbar.
Di dalam bidang pergigian, kita hanya tahu doktor gigi sahaja, tetapi staf sokongan juga janganlah dilupakan. Saya akan memberi penerangan berkaitan peluang kerjaya pergigian yang ada dan di iktiraf oleh Kementerian Kesihatan.
1. Pegawai Pergigian
Mereka bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan pergigian kepada masyarakat. Seorang Pegawai Pergigian akan melakukan pemeriksaan dan diagnosa. Mereka juga akan melakukan rawatan seperti tampalan, cabutan, dan gigi palsu.Untuk menjadi seorang Pegawai Pergigian, mereka perlulah mempunyai ijazah di dalam pergigian daripada mana-mana universiti yang diiktiraf samada di dalam atau luar negeri.Pengamal pergigian perlulah mendaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia. Semenjak 29 Jun 2001, setiap pegawai baru perlu berkhdmat dengan kerajaan selama 3 tahun.Umumnya tangga gaji permulaan adalah bermula dari P1T5. Mereka boleh berkhidmat samaada di Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Orang Asli, dan Swasta.
2. JURURAWAT PERGIGIAN
Jika anda seorang yang penyabar dan penyayang serta mampu berkomunikasi dengan baik dengan kanak-kanak, kerjaya ini adalah sangat sesuai. Tugas mereka adalah memberi rawatan kepada kanak-kanak berusia 17 tahun dan ke bawah. Mereka juga akan terlibat dalam promosi pendidikan kesihatan pergigian yang dibuat dalam bentuk ceramah, “play”, pameran dan kempen. Sekarang, latihan untuk menjadi jururawat pergigian hanya terdapat di Kolej Pergigian Latihan Kanak-Kanak di Pulau Pinang. Setelah tamat latihan pelajar akan di beri Diploma Kejururawatan Pergigian.
3. JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN
Jika anda seorang yang gemarkan kerja tangan dan kejuruteraan, anda suai memilih bidang ini. Seorang Juruteknologi Pergigian, meraka akan membuat prostesis (gigi palsu, korona), aplian ortodontik, dan aplian pembedahan mulut. Selain daripada itu, mereka juga terlibat di dalam pembaikan peralatan pergigian dan pembangunan klinik.
4.PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN
Pembantu pembedahan pergigian bertanggungjawab dalam membantu pegawai pergigian dan jururawat dalam pengusan pesakit. Mereka juga bertanggungjawab didalam “infeksi kontrol” di bilik rawatan. Selain daripada itu mereka juga boleh menerima resit bayaran daripada pesakit serta mengemaskini rekod atau kad rawatan pesakit. 

No comments:

Post a Comment